web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bomba Terpaksa Daki Bukit Harimau Menangis Untuk Padam Kebakaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 7:52AM

Kelihatan kepulan asap akibat kebakaran hutan di kawasan seluas 0.8 hektar di Bukit Harimau Menangis, yang berlaku petang semalam. - Gambar dari Facebook Bukit Harimau Menangis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pasukan bomba terpaksa mendaki Bukit Harimau Menangis di sini selama 30 minit untuk memadam kebakaran hutan yang berlaku di kawasan itu seluas kira-kira 0.8 hektar, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh Khairulhasni Mohktar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3 petang dan sepasukan anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran dikatakan bermula dari puncak Bukit Harimau Menangis sebelum merebak turun ke kaki bukit dan telah melibatkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar. Anggota kita terpaksa mendaki bukit setinggi kira-kira 200 meter dengan membawa peralatan yang berat untuk naik ke puncak.

"Selain itu, kita juga mempunyai kesukaran mendapatkan sumber air di puncak bukit dan terpaksa mengambil air dari tasik yang berdekatan kaki bukit tersebut untuk memadamkan kebakaran," katanya ketika dihubungi.

Khairulhasni berkata sehingga kini, pihaknya telah berjaya mengawal kebakaran tersebut dan api dijangka berjaya dipadam sepenuhnya lewat malam tadi.

"Punca sebenar kebakaran masih disiasat namun saya nasihatkan orang ramai yang melakukan aktiviti mendaki di kawasan bukit dan hutan ini supaya tidak sewenang-wenangnya membuang puntung rokok kerana ia boleh menjadi satu daripada punca kebakaran hutan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad