web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zahid Hamidi, Nik Abduh Antara Ahli Parlimen Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:37PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dilaporkan positif COVID-19.

Menurut Utusan Malaysia yang memetik sumber, mereka termasuk dalam 35 individu dalam kalangan Ahli Parlimen serta pegawai yang disahkan positif virus berkenaan.

Ia merupakan satu perkembangan yang mengejutkan memandangkan sidang khas Parlimen dijadualkan pada Isnin.

Sumber itu turut memberitahu, terdapat Ahli Parlimen yang mempunyai kontrak rapat dengan mereka dan kini dipercayai sedang membuat ujian calitan.

“Turut terlibat ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kerana pegawai pengiringnya positif,” katanya.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 selama lima hari akan bermula Isnin, 26 Julai ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat.

Ia diadakan selepas persidangan ditangguhkan sejak awal tahun ekoran pandemik COVID-19 yang kini hampir mencecah 1 juta kes.

Persidangan Parlimen belum diadakan tahun ini berikutan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun pada Jun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahas Ahli-ahli Dewan Rakyat. - Getaran, 24 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad