web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Arahan Dipandang Sepi, Hartal Doktor Kontrak Bermula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 12:10PM

Sebahagian daripada doktor-doktor yang mengambil bahagian dalam mogok doktor di Hospital Selayang hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari ini berpuluh-puluh doktor kontrak, telah bergerak keluar dari hospital dan pusat kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara sebagai tanda tunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati dengan nasib mereka yang masih terumbang-ambing disebabkan status kontrak.

Hartal Doktor Kontrak yang bergerak menggunakan kempen Code Black itu sebelum ini berjaya meraih sokongan majoriti pengamal perubatan, termasuk pakar kesihatan. Mereka memulakan mogok pada pukul 11 pagi ini.

Dipercayai sebanyak 24 hospital menjadi pusat kepada gerakan Hartal ini termasuk Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Mereka yang terlibat memakai pakaian hitam.

Dalam pada itu, seorang pegawai perubatan yang enggan dikenali berkata, para doktor yang terlibat tetap menjalankan tugas dan melaksanakan hak-hak mereka dan tidak melanggar sumpah yang diambil pada awal perkhidmatan. 

''Kami tidak melanggar sumpah yang telah kami ambil dan kami masih merawat pesakit serta tidak mengabaikan mereka,'' katanya.

Salah seorang doktor yang mengambil bahagian dalam mogok hari ini. - Gambar Syeda Imran
Salah seorang doktor yang mengambil bahagian dalam mogok hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kira-kita 50 doktor terlibat dalam protes berkenaan di Hospital Kuala Lumpur.

Sebelum ini media melaporkan kira-kira 23,000 doktor berjawatan kontrak akan mengadakan demonstrasi di seluruh negara pada 26 Julai, selepas pelbagai usaha kumpulan itu untuk mendapatkan penyerapan ke jawatan tetap masih gagal membuahkan hasil.

Bagaimanapun pada 23 Julai, kerajaan telah bersetuju supaya lantikan kontrak kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk ditawarkan kontrak perkhidmatan dua tahun, sebaik tamat tempoh khidmat wajib mereka.

Dalam pada itu, Hartal Doktor Kontrak dalam satu kenyataan memaklumkan, gerakan itu merupakan kesepakatan yang telah dipersetujui secara bersama oleh doktor-doktor kontrak.

Ia dilakukan berdasarkan tiga keadaan iaitu kategori tidak kritikal yang menuntut doktor kontrak berkumpul dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di lobi hospital masing-masing dan bergerak keluar secara besar-besaran melalui pintu utama.

“Sebelum keluar, diminta (doktor kontrak) untuk passover perkara penting kepada pegawai perubatan yang masih ada di dalam wad untuk memastikan tiada pesakit yang terjejas rawatan,'' katanya. - Getaran, 26 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut