web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rimas Keadaan Kotor, Pengarah MaTiC Kutip Sendiri Sampah Di PPV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2021 12:14PM

Rudi mengambil inisiatif sendiri untuk mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh warga kota dan asing yang datang mendapatkan vaksin di PPV KLCC. - Gambar dari Twitter @ruud_irwan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebanjiran warga kota dan asing untuk mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) memberi impak negatif kepada premis berkenaan, apabila terdapat banyak sampah sarap ditinggalkan di lokasi terbabit.

Bagaimanapun, kehadiran 'duta' pelancongan negara sebagai sukarelawan di PPV berkenaan sedikit sebanyak melegakan, apabila masih ada lagi warga kota yang mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar.

Tanggungjawab sosial ditunjukkan Rudy Irwan Shukaime, 41, yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengutip sampah sarap ditinggalkan penerima vaksin di sekitar PPV terbabit wajar dicontohi oleh semua pihak.

Beliau yang juga Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) berkata, PPV mega terbabit agak tercemar sejak beberapa hari lalu, apabila lambakan sampah sarap kelihatan di merata tempat, susulan pertambahan jumlah penerima vaksin.

Sampah sarap yang ditinggalkan oleh mereka yang mendapatkan vaksin di PPV, KLCC
Sampah sarap yang ditinggalkan oleh mereka yang mendapatkan vaksin di PPV, KLCC

Bagaimanapun, beliau enggan menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya  mengambil inisiatif sendiri untuk mengutip sampah sarap terbabit ketika waktu rehat.

"Sejak beberapa hari lalu, PPV KLCC menjadi tumpuan orang ramai termasuk warga asing, susulan Operasi Lonjakan Kapasiti yang dijalankan untuk mempertingkatkan kadar vaksinasi di negara.

"Senario itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada sampah sarap yang ada di sekitar kawasan PPV ini kerana orang ramai berkumpul sambil menunggu giliran mereka (divaksin)," katanya ketika dihubungi Getaran.

Sudah terbiasa dengan kerja-kerja pembersihan, Rudy berkata beliau tidak menunggu lama untuk membersihkan kawasan berkenaan walaupun ia bukanlah termaktub dalam skop tugasan sukarelawan di PPV terbabit.

"Kebanyakan sampah yang ditinggalkan adalah kotak minuman, tin serta botol air, kotak atau puntung rokok dan plastik makanan.

"Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak untuk bertanggungjawab terhadap sisa makanan dan minuman mereka dengan membuangnya di tempat yang disediakan supaya tidak mencemarkan pemandangan dan persekitaran di sini," katanya. - Getaran, 29 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut