web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SIRIM Jalan Kajian Bangun Vaksin COVID-19, Libat 3 Institusi Tempatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 7:48PM

Dari kiri Naib Presiden Kanan, Kumpulan Sumber Manusia SIRIM, Nik Juliah Nik Jaafar; Ahmad Sabirin; Ahmad Tajuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SELGATE Corporation, Noor Hisham Mohd Ghouth dan Naib Presiden Kanan, SIRIM Industrial Research, Mohd Azanuddin Salleh, semasa Sidang Media Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-SelVAX, yang diadakan pada 31 Julai, di Ibu Pejabat SIRIM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu kajian pembangunan vaksin COVID-19 akan dilaksanakan antara SIRIM Bhd dan institusi tempatan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, projek berkenaan akan melibatkan tiga institusi iaitu Institut Kajian Perubatan (IMR), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Veterinar di Ipoh, Perak.

Menurut beliau, SIRIM berupaya melaksanakan pengujian bagi vaksin yang dibangunkan oleh tiga agensi ini.

“SIRIM bersedia memainkan peranan penting dalam memberi keyakinan kepada pembangunan vaksin tempatan, agar mematuhi standard antarabangsa bagi keselamatan, keberkesanan dan proses pembuatan.

“SIRIM telah mengadakan perbincangan dengan pihak IMR untuk turut sama menyumbang dalam pembangunan vaksin tersebut di peringkat pra-klinikal sebelum ‘clinical trials’ dan peringkat penghasilan vaksin pada skala pilot,” katanya pada Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-Vaksin Selangor (Selvax) yang dikendalikan Selgate Healthcare Sdn Bhd.

Ahmad Sabirin berkata, SIRIM juga mempunyai fasiliti untuk menjalankan ujian berkenaan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian Pengurusan (IBRC) yang memenuhi kriteria makmal ujian diperlukan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Kita punya fasiliti IBRC di SIRIM ini yang dilengkapi peralatan dan teknologi  komprehensif di Malaysia bagi pengujian vaksin, jadi kita cuba bekerja secara kolaboratif dengan semua agensi yang ada,” katanya.

Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-SelVAX, yang dibuat untuk 120 anggota kerja di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX), diadakan di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam pada 31 Julai.
Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-SelVAX, yang dibuat untuk 120 anggota kerja di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX), diadakan di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam pada 31 Julai.

SIRIM sebelum ini telah melaksanakan pelbagai peringkat ujian ke atas vaksin Sinovac bagi mengesahkan proses dan memastikan produk akhir vaksin itu selamat serta berkesan untuk penerima.

Ahmad Sabirin menarik perhatian, ujian ke atas vaksin Sinovac yang diamanahkan kepada SIRIM melibatkan keperluan fasiliti yang lengkap dan makmal berstatus Amalan Makmal Baik (GLP).

Jelasnya, SIRIM menghasilkan data sokongan untuk proses pengesahan dan pemeriksaan kualiti untuk kumpulan vaksin ‘fill’ and ‘finish’, manakala NPRA berperanan memeriksa data tersebut secara terperinci sebelum diluluskan.

“Bagi ujian ketoksikan, SIRIM menjalankan ujian Abnormal Toxicity, membabitkan kumpulan vaksin yang telah ‘fill’ and ‘finish’ mengikut kumpulan kestabilan tertentu, manakala untuk pengujian keberkesanan, ujian ‘Immunoassay Relative Potensi’ dijalankan, meliputi vaksin secara pukal yang diterima bersama vaksin rujukan (reference vaccine),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali berkata, program vaksinasi pandu lalu itu dianjurkan bagi melindungi petugas badan itu setiap kali mereka keluar bertugas.

“Pada masa ini, pejabat SIRIM di Sabah dan anak syarikat SIRIM iaitu National Precision Tooling Sdn Bhd telah berjaya melengkapkan vaksinasi anggota kerjanya pada bulan ini.

“Program pandu lalu ini hari ini bertujuan mempercepatkan proses vaksinasi dan mencapai imuniti kelompok,” katanya dalam sidang media.

Seramai 120 petugas SIRIM Shah Alam dan anggota keluarga mereka yang berusia 18 tahun ke atas tetapi masih belum mendapat tarikh temu janji vaksin COVID-19, menerima dos pertama masing-masing Sabtu lalu. - Getaran, 2 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut