web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Varian Delta, Tak Patuh SOP Punca Jangkitan Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 4:34PM

Dr Izani Husin (kanan) berbual dengan seorang warga emas yang menerima vaksin di PPV Kompleks Islam Panji, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kegagalan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah antara punca yang dilihat membawa kepada peningkatan jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, peningkatan kes juga disumbangkan oleh penularan varian delta.

Menurut beliau, perkembangan ini amat membimbangkan, menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di beberapa kawasan yang merekodkan peningkatan jangkitan.

"Langkah segera itu diambil untuk mengelakkan varian delta menular ke kawasan yang lain.

"Varian delta ini sangat berbahaya kerana boleh berjangkit melalui udara dan kerajaan berharap semua penduduk mematuhi SOP yang ditetapkan untuk membantu mengurangkan kes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Islam Panji, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Dr Izani berkata, kerajaan negeri juga sudah menjangkakan kes COVID-19 di negeri ini meningkat dalam tempoh sebulan selepas Aidiladha.

"Jadi, kita bersedia lebih awal untuk menghadapi situasi peningkatan kes apabila menyediakan fasitili kesihatan terutama hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang mencukupi serta terkawal.

"Setakat ini, hospital dan PKRC yang ada mampu menampung jumlah pesakit," katanya.

Mengulas lanjut Dr Izani berkata, kes COVID-19 di negeri ini dijangka menurun dalam tempoh dua minggu lagi.

Beliau berharap semua penduduk memberi kerjasama untuk memastikan kes COVID-19 turun dalam tempoh yang ditetapkan.

Kelantan semalam merekodkan jumlah COVID-19 sebanyak 552 kes dan 10 kluster baharu. – Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut