web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengusaha Resort Pulau Redang Mahu Pulau Dibuka September

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 9:11PM

Persatuan Resort-Resort Pulau Redang berharap supaya kerajaan membenarkan pengusaha resort membuka operasi pada September, menerusi pelaksanaan gelembung pelancongan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Pengusaha resort Pulau Redang sedia membuka operasi pada September ini sekiranya dibenarkan menerusi pelaksanaan gelembung pelancongan.

Setiausaha Persatuan Resort- Resort Pulau Redang, Lim You Jing berkata, kesediaan itu berikutan daripada program vaksinasi ke atas penggiat pelancong yang dijangka selesai pada Oktober ini.

“Kita sudah berbincang dengan pengusaha yang lain dan semua sepakat bersedia untuk membuka operasi pada September ini. 

"Kita juga bersedia untuk memanjangkan operasi sehingga musim tengkujuh sekiranya ada permintaan daripada pelancong,” katanya ketika ditemui media di sini.

Tambahnya, pengusaha begitu mengharapkan sektor pelancongan akan  kembali pulih setelah sekian lama terjejas, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan.

Lim yang juga pemilik resort Redang Bay berkata, majoriti pengusaha tidak akan mampu untuk bertahan dan dikhuatiri akan gulung tikar jika keadaan tersebut berterusan.

“Saya sendiri terpaksa berhutang dan menjual bot yang ada bagi menampung kerugian, setelah 16 bulan tidak dapat beroperasi kerana pelaksanaan PKP,” katanya.

Luahnya, dia juga terpaksa memberhentikan separuh daripada pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.

Lim berkata,  dia kini hanya memiliki 24 pekerja yang terpaksa dikekalkan bagi menguruskan kerja-kerja penyelenggaran di resort 80 bilik itu.

“Bagi pekerja tersebut, saya hanya dapat sediakan makanan dan tempat tinggal sahaja untuk mereka.

“Disebabkan itu kita berharap program vaksinasi akan dapat diselesaikan seperti mana yang dirancang agar sektor pelancongan dapat dihidupkan semula.

Sebelum ini Jabatan Pelancongan negeri berkata, kerajaan negeri sudah memanjangkan cadangan pembukaan operasi pulau pada September untuk perhatian Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jangkaan kita pada September ini, bagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan MKN, “ katanya. - Getaran, 3 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad