web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ain, Bapa Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 10:51AM

Ain Husniza - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Remaja pencetus kempen #MakeSchoolASaferPlace Ain Husniza dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung satu laporan polis.

Menurut Saiful Nizam, beliau menerima panggilan daripda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh semalam.

“Saya dapat panggilan dari IPD Sg Buloh meminta saya dan Ain ke sana untuk diambil keterangan ke atas sebuah laporan.

“Kami akan ke sana esok (hari ini) jam 5 petang bersama peguam Datuk Sankara Nair, Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya) dan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh),” ciapnya di Twitter.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran laporan yang dibuat terhadapnya dan Ain Husniza.

Nama remaja berkenaan dan Saiful Nizam kembali diperkatakan selepas menerima tuntutan saman sebanyak RM1 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung.

Pada 24 April lalu, media melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan, dengan menggunakan rogol sebagai intipati jenaka ketika mengajar, seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan jenayah itu.

Ain Husniza, 17, mendakwa, sesi pembelajaran terbabit pada mulanya berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika berdepan situasi seumpama itu. 

Bagaimanapun, pelajar tersebut mendakwa guru lelaki itu mengeluarkan gurauan berunsur lucah, sehingga menjadikan dia dan rakan-rakan perempuan lain tidak selesa.

Insiden tersebut turut tular di media sosial sehingga menjadi bualan ramai. - Getaran, 6 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut