web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Noraini Letak Jawatan, Ikut Keputusan Parti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 6:02PM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi, berkuatkuasa serta merta.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu menerusi kenyataan hari ini, berkata tindakan berkenaan susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

“Berdasarkan keputusan MKT UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya.

Noraini berkata, beliau menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantunya melaksanakan tugas.

“Saya percaya, kita sudah berusaha melakukan terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik COVID-19 yang menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.

“Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan. Semoga Allah merahmati negara kita dan melindungi kita semua,” katanya. - Getaran, 6 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad