web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Elaun Tambahan Kepada Bomba Dipertimbangkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 4:25PM

Seorang anggota bomba menjalankan kerja-kerja sanitasi di sebuah pangsapuri di ibu kota. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempertimbangkan untuk memberi elaun tambahan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) berikutan turut terlibat dalam penugasan COVID-19.

Menteri berkenaan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata ini memandangkan skop penugasan anggota JBPM terutamanya Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) diperluaskan ketika ini seperti pengurusan serta pengebumian jenazah COVID-19 sekali gus mendedahkan mereka dengan risiko wabak itu.

"Pada asalnya, mereka sudah mempunyai elaun khas tetapi apabila berhadapan dengan tugas membabitkan COVID-19 seperti pengurusan serta pengebumian jenazah, ini sebenarnya bukan tugasan bomba.

"Namun, saya beranggapan bahawa perkara ini (elaun tambahan) boleh saya ketengahkan dan mempertimbangkannya kerana risiko yang dihadapi anggota bomba," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Belah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada KPKT bercadang untuk memberi elaun tambahan kepada anggota JBPM berikutan agensi keselamatan itu di seluruh Malaysia, banyak terlibat dalam pengurusan serta pengebumian jenazah COVID-19, pada ketika ini.

Turut hadir pada lawatan rasmi berkenaan ialah Pengarah JBPM Kelantan Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Jainal @ Zainal Madasin yang menyambut baik maklum balas Zuraida berhubung elaun tambahan itu kerana ia mampu memberi motivasi serta penghargaan kepada anggota bomba. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad