web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Rakan, 2 Pemungut Telur Penyu Dihukum Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 5:27PM

Faizol Aznan Muhamad, 40, dan Mohd Riduan Ismail, 32, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh rakan mereka yang cuba meleraikan pergaduhan, lima tahun lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Dua pemungut telur penyu hari ini dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang cuba meleraikan pergaduhan, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizol Aznan Muhamad, 40, dan Mohd Riduan Ismail, 32, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kedua-dua tertuduh, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Razak Abdullah, 50, yang juga pemungut telur penyu, di tepi Pantai Geliga berhadapan Sekolah Kebangsaan Geliga Chukai, Kemaman pada kira-kira 7 pagi 3 Jun 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 35 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Faizol Aznan telah bertengkar dengan seorang lagi pemungut telur penyu dikenali sebagai Mohd Sahrol Afsam berhubung pembahagian kawasan penyu bertelur di pantai itu.

Razak, yang berada di lokasi kejadian, cuba meleraikan pertengkaran itu namun Faizol Aznan berang lalu memukul muka mangsa bertubi-tubi dengan sebatang kayu sebelum Mohd Riduan secara tiba-tiba masuk campur dan menghentak muka mangsa menggunakan topi keledar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Masliela Ismail dan Ghazali Ismail. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad