web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dapat Kelonggaran, SOP Tetap Kena Jaga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 8:06AM

Individu yang lengkap vaksin COVID dan menetap di negeri yang berada dalam fasa 2, PPN dibenarkan makan di premis (dine-in) berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan diingatkan agar terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan COVID-19 meskipun kerajaan Persekutuan memberi beberapa kelonggaran aktiviti sosial kepada mereka yang telah menerima vaksin lengkap.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan negeri bimbang akan berlaku peningkatan COVID-19 di negeri itu yang sedang melaksanakan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), sekiranya ramai yang leka dan tidak menjaga SOP.

"Saya mahu kita (rakyat Kelantan) semua tekankan untuk menjaga SOP kerana kita tidak mahu tanpa mengikutinya dan dengan adanya kelonggaran ini, semakin banyak pula kes jangkitan (COVID-19).

"Oleh itu, kerajaan negeri berharap semua pihak dan rakyat menghargai kelonggaran yang diumumkan semalam dengan menjaga SOP," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Tablet kepada Anak-anak Pelanggan Ar-Rahn di Ibu Pejabat Permodalan Kelantan Berhad (PKB), di sini semalam.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri yang berada dalam Fasa Dua PPN dan seterusnya, berkuat kuasa hari ini

Antara kemudahan dibenarkan adalah rentas daerah, aktiviti dine-in atau makan di premis, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan inap desa dan hotel.

Mohd Amar berkata mengenai kebenaran solat jemaah di surau dan masjid, perkara itu akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad