web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Enggan Ambil Risiko, Peniaga Kelantan Tangguh 'Dine In'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 5:22PM

Bagi negeri di dalam Fasa dua PPN, mereka yang telah mendapatkan vaksin lengkap boleh makan di restoran, mulai hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Beringat sebelum terkena. Itulah pendirian beberapa pemilik restoran dan kedai makan di sekitar negeri ini yang tetap tidak membenarkan pelanggan mereka makan di dalam premis, kerana bimbang akan penularan semula wabak COVID-19.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati, peniaga kedai makan, restoran mahupun kafe masih tidak membenarkan pengunjung untuk makan di dalam premis mereka walaupun kelonggaran diberikan kepada individu yang lengkap vaksinasi, mulai hari ini.

Pemilik Lieniey Nasi Kerabu Tumis Zaini Ahmad, 51, berkata beliau masih berasa takut selain turut khuatir untuk membenarkan pelanggan makan di kedainya memandangkan kes harian COVID-19 di Kelantan masih tinggi dan membimbangkan.

“Walaupun kebenaran makan di restoran telah diberikan namun, saya memilih untuk menangguhkan terlebih dahulu kerana berasakan situasi semasa masih tidak bersesuaian lagi dengan kelonggaran itu. 

“Malah, 10 pekerja saya juga masih belum diberikan suntikan vaksin COVID-19 sekali gus membuatkan saya enggan mengambil risiko, sekiranya dibenarkan (dine-in) ia akan mengundang penularan virus di premis dan seterusnya menjangkiti pekerja saya,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Kafe Drum & Desk Chew Li Mun, 30, berkata pihaknya merancang untuk membenarkan pengunjung makan di dalam premis mulai September.

Mengakui bahawa perniagaannya agak terjejas melebihi 50 peratus ekoran ketiadaan pelanggan makan di kedai, namun baginya keselamatan pelanggan tetap perlu diberi keutamaan.

“Tidak mengapa berlaku sedikit kerugian, kerana keselamatan dan kesihatan yang perlu diutamakan. Buat masa ini jualan banyak bergantung kepada pelanggan yang ‘walk-in’ selain juga pesanan menerusi (aplikasi) Grab Food.

“Saya merancang untuk membenarkan pengunjung makan di dalam kedai bermula September selepas 12 pekerja saya lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19,” katanya.

Sementara itu,  tinjauan pada beberapa akaun Instagram milik kafe-kafe hipster sekitar Kota Bharu juga didapati pemilik kafe memuat naik kandungan dengan slogan #dineincanwait untuk memaklumkan mengenai penangguhan membenarkan pelanggan makan di kedai.

Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memberi kemudahan kepada mereka yang lengkap menerima vaksin COVID-19 di negeri-negeri fasa 2 Pelan Pemulihan Negara untuk makan di restoran. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut