web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh CIQ Tangani Isu PATI - ESSCom

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 6:07PM

Ahmad Fuad pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di CIQ Lama Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU  - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mencadangkan penubuhan pos kawalan dan Jeti Pusat Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) di Pulau Sebatik dalam usaha menangani masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di daerah ini.

Komander Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, ia diyakini dapat membantu pihak berkuasa meningkatkan kawalan dan pemantauan lebih teratur terhadap pergerakan PATI dan aktiviti penyeludupan.

"Setakat ini, kita mencadangkan penambahan pos kawalan di Sungai Haji Kuning manakala CIQ di Wallace Bay.

"Kertas cadangan berhubung pos kawalan baharu itu sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 2 Julai lalu untuk tindakan lanjut," katanya menerusi sidang media, di sini, hari ini.

Pada masa sama Ahmad Fuad menjelaskan, ESScom akan meneruskan operasi cegah Pati termasuk penguatkuasaan bersepadu membabitkan beberapa agensi pihak berkuasa di CIQ sedia ada.

"Ia bertujuan mengekang kehadiran PATI dari Indonesia di negeri ini yang berkemungkinan boleh menyebabkan jangkitan COVID-19 varian Delta," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau Arnold Joibi berkata, sehingga kini tiada jangkitan varian Delta dilaporkan berlaku di sini termasuk sekitar Pulau Sebatik.

"Bagaimanapun, pihak kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kedudukan Pulau Sebatik yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Indonesia, sekali gus berpotensi menyebabkan jangkitan berlaku dari luar (Indonesia).

"Saya melihat kawalan ketat penguatkuasaan di sempadan perairan negara dapat membantu mengelakkan penularan varian Delta dari 'masuk' ke tanah besar (Tawau)," katanya. - Getaran,10 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut