web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekurangan Bekalan Oksigen Hospital Melaka Selesai 2 Minggu Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 7:56PM

Rahmad Mariman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Masalah kekurangan bekalan oksigen yang dihadapi Hospital Melaka sebelum ini dijangka dapat diatasi sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, masalah itu kini sedang dipulihkan secara berperingkat, dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah mengambil langkah drastik menangani isu tersebut.

Menurut beliau, ia termasuk pemasangan alat pengatur oksigen baharu bagi meningkatkan semula paras bacaan oksigen di hospital terbabit.
 
"'Manifold' tabung oksigen di hospital juga sedang dinaik taraf oleh JKN yang dijangka siap sepenuhnya pada 22 Ogos ini.

 "Dengan pemasangan baharu itu, bacaan oksigen di hospital (Melaka) berada di paras melebihi empat bar dan bilik bedah yang sebelum ini kita tutup juga boleh beroperasi seperti biasa," katanya.

 Rahmad berkata, pembelian oksigen di luar kontrak juga sudah dibuat, dan JKN turut  melaksanakan projek Micro Filling Plan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
 
Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, Melaka dijangka beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang akhir bulan ini selepas melepasi beberapa indikator baharu yang ditetapkan.

"Setakat ini Melaka sudah menepati kriteria itu apabila merekodkan purata dibawah paras 12. 2 kes kemasukan ke hospital dalam tempoh seminggu dengan kadar 6.1 kes.

 "Cumanya syarat kedua adalah vaksinasi lengkap dua dos melepasi 59 peratus tetapi kita hanya 35.3 peratus maknanya kita perlukan lagi 15 peratus, Insya Allah ia boleh dicapai dan kita (mampu) beralih fasa," katanya.

Katanya, dengan penerimaan 477,790 dos tambahan vaksin, masalah kekurangan bekalan untuk negeri itu juga akan dapat diatasi.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan negeri tidak ketinggalan membuat permohonan sebuah kontena sejuk beku daripada KKM berikutan peningkatan kes kematian akibat COVID-19 walaupun bukan berada di tahap kritikal," katanya. - Getaran, 10 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad