web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Faham, Rumah Prihatin @ Grand Seasons Sesak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 7:49AM

Kesesakan orang ramai yang beratur tanpa menjaga SOP di Rumah Prihatin @ Grand Seasons telah mencetuskan kemarahan orang ramai hinggakan video mengenainya tular di media sosial semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesesakan orang ramai di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, di sini berpunca daripada salah faham dan berita kononnya premis itu menyediakan perkhidmatan vaksinasi tanpa janji temu untuk bukan warganegara.

Pengambilan vaksin secara tanpa janji temu untuk warga asing sebenarnya adalah di pusat pemberian vaksin (PPV) Bukit Jalil dan bukan di Rumah Prihatin @ Grand Season.

Menurut kenyataan Pengurusan Rumah Prihatin @ Grand Seasons, pihaknya hanya menerima vaksinasi tanpa janji temu untuk warganegara Malaysia, dengan keutamaan kepada golongan warga emas, orang kurang upaya, kelompok terpinggir dan golongan rentan.

“Pada peringkat awal, kami mengambil tindakan bersama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuraikan keadaan, namun warga asing ini tetap tidak mahu bersurai walaupun telah diberikan arahan dan amaran. Bagaimanapun, keadaan kembali diperbetulkan dengan bantuan polis dan DBKL.

“Program vaksinasi ini diuruskan oleh Rumah Prihatin di bawah Program Vaksinasi MyMedik@Wilayah dan tidak melibatkan pihak lain. Kami kesal dengan apa yang terjadi dan akan meningkatkan lagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dengan bantuan pihak berkuasa, bagi memastikan kejadian ini tidak berulang,” menurut kenyataan itu.

Semalam satu video berdurasi tujuh minit 15 saat, yang menunjukkan suasana kesesakan dengan tiada penjarakan fizikal di luar perkarangan premis tersebut, tular di laman sosial sekali gus mengundang kegusaran dalam kalangan warga maya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengambil tindakan segera mengawal keadaan di PPV itu selepas tular video mengenai kesesakan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), di kawasan itu.

“Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat berkenaan, sehingga program vaksinasi selesai,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP), supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad