web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peniaga dakwa Whatsapp Digodam, Ditipu Pinjam Wang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 7:50AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga mendakwa aplikasi Whatsapp di telefon bimbitnya digodam apabila identitinya digunakan untuk menipu dengan meminjam wang daripada rakannya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian itu berlaku apabila mangsa berusia 59 tahun gagal membuka aplikasi itu di telefon bimbitnya menyebabkannya menyahpasang (uninstall) aplikasi tersebut.

"Dia mendakwa memuat turun semula aplikasi itu namun ia masih tidak dapat digunakan kerana kod pengaktifan tidak diterima.

"Mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada rakannya yang bertanyakan sama ada mangsa ada meminta untuk meminjam wang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa menafikan perkara itu dan mengesyaki ada individu lain yang menggunakan identiti pengadu untuk menghubungi rakannya menggunakan aplikasi WhatsAppnya untuk membuat pinjaman wang.

"Hasil semakan mendapati lebih 20 orang yang merupakan kenalan pengadu telah dihubungi oleh individu berkenaan bagaimanapun tiada kerugian terlibat dalam kes ini.

“Mangsa tidak sempat memberikan wang yang diminta kerana rakannya itu membuat panggilan kepadanya dan mangsa kemudian bertindak membuat laporan pada Sabtu lepas,” katanya dan menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cuba menipu. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 2 jam yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran