web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedah Tidak Pernah Anugerah Projek RM1.3 Bilion

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 7:48AM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah menganugerahkan sebarang projek bernilai RM1.3 bilion kepada mana-mana pihak.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebaliknya litar lumba yang akan dibangunkan oleh sebuah syarikat di Langkawi adalah projek pelaburan syarikat swasta yang menjalin kerjasama dengan Permodalan Kedah Berhad sebagai pemilik tanah.

"Kerajaan negeri juga tidak memiliki wang sebanyak itu untuk melaksanakan projek pembangunan, apatah lagi projek berkaitan litar perlumbaan kereta," katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.

Beliau mengulas tindakan ahli PKR S.Indrani yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas mendakwa Muhammad Sanusi menyalahgunakan kuasa dalam pemberian sebuah projek berkaitan sektor pelancongan negeri.

Ahli PKR cabang Sungai Siput itu mendakwa mempunyai bukti bahawa projek berkenaan dianugerahkan kepada sebuah syarikat dan pengasasnya, yang juga antara pengarah syarikat tersebut, telah muflis.

Muhammad Sanusi berkata rundingan dan kerjasama projek pelancongan itu juga adalah antara syarikat dengan syarikat dan bukan antara individu dengan individu. 

Beliau juga berkata dakwaan ahli PKR itu bahawa terdapat individu tertentu yang didapati muflis terbabit dalam syarikat tersebut adalah urusan dalaman yang tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Kedah.

"Kerajaan (negeri) berpandangan ahli PKR itu yang membuat tuduhan 'salah guna kuasa dalam penganugerahan projek kerajaan negeri kepada syarikat itu' adalah tidak cermat dan hanyalah satu propaganda politik," katanya.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri sentiasa telus dan mengamalkan tahap integriti tertinggi dalam melaksanakan sebarang projek pembangunan di Kedah.

Beliau berkata kerajaan negeri juga sentiasa terbuka untuk mengkaji, menerima dan bekerjasama dalam sesuatu cadangan pelaburan di Kedah, jika ada pihak swasta yang memiliki keupayaan kewangan, pengalaman dan kesungguhan untuk melabur dalam sebarang projek yang akan menyumbang kepada pembangunan sektor ekonomi di Kedah.

"Pencapaian dan kepercayaan para pelabur untuk melabur di Kedah adalah bukti kesungguhan dan ketelusan kami bekerja untuk rakyat negeri ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad