web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Kenderaan Terbakar, Polis Siasat Kes Khianat Dengan Api

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 8:02AM

Gambar kenderaan terbakar di kawasan PPR, Pantai Dalam semalam - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat kes khianat dengan api yang mengakibatkan beberapa kenderaan terbakar di tempat letak kereta awam sebuah kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Basri Sagoni berkata pada kira-kira 12.45 tengah hari, pihaknya menerima laporan berkenaan kebakaran itu dan bergegas ke lokasi kejadian. 

"Hasil pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tujuh kenderaan pelbagai jenama telah terbakar dan Forensik Bomba yang turut hadir ke lokasi menjumpai satu botol berbau petrol.

"Terdapat kesan simbahan petrol di hadapan sebuah kereta jenis Myvi dan pada sebuah van yang disyaki menjadi punca letusan kebakaran," katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata lima spesimen di tempat kebakaran telah diambil dan akan dibawa ke makmal untuk analisis punca sebenar kebakaran. 

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api. - Bernama

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Waktu Kerja Lebih Fleksibel Mampu Tingkatkan ‘Work Life Balance’ Rakyat Malaysia

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi