web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Anggota TUDM Maut Kes Tembak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 11:09AM

Tiga anggota (TUDM) maut manakala seorang lagi kritikal dalam kejadian tembakan di Unit TUDM Kota Samarahan, pagi tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam insiden tembakan di Unit TUDM Kota Samarahan di sini pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Getaran mengesahkan kejadian itu dan berkata, kejadian dilaporkan berlaku jam 7.15 pagi tadi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 berkenaan.

Menurut beliau, suspek dikatakan masuk ke kawasan Balai Pengawal dan terus mengambil senjata api sebelum melepaskan tembakan ke arah tiga rakannya.

"Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah dalam pergaulannya bersama rakan-rakan setugas, namun kita masih belum dapat memastikan jika dia ada berdepan dengan tekanan peribadi," katanya.

Getaran difahamkan, suspek yang sudah berumahtangga masih berada dalam tempoh kuarantin dan telah berkhidmat selama 10 tahun, termasuk di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.

Aidi berkata, tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi, termasuk penembak manakala seorang lagi yang berada dalam keadaan parah dibawa ke Pusat Rawatan Jantung Kota Samarahan untuk rawatan.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 9.15 pagi tadi," katanya.

Beliau memberitahu, unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah digerakkan ke lokasi.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner (DCP) Mancha Ata berkata, polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan saksi akan dipanggil bagi memberikan keterangan.

Menurut beliau, siasatan setakat ini mencakupi proses pengambilan sampel DNA, senjata, kesan tembakan serta kelongsong senjata yang akan dihantar ke forensik dan Jabatan Kimia untuk siasatan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad