web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syukur Miliki Kediaman Sendiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 8:23AM

Haminah Kuchit menerima kunci rumah baharu menerusi Program Rumah Sejahtera Pantai Damai di Kuching.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Peristiwa ngeri kebakaran rumah pada Oktober tahun lalu masih segar di ingatan Haminah Kuchit, 51.

Masih jelas di ingatan bagaimana dia bertungkus lumus cuba menyelamatkan harta paling disayangi itu, yang menjadi tempat berteduh mereka dua beradik, sebelum terpaksa mengalah.

Hidup menumpang di kediaman saudara-mara, hanya jutaan syukur yang mampu dilafazkan apabila terpilih sebagai penerima bantuan Program Rumah Sejahtera Pantai Damai.

“Saya amat bersyukur, akhirnya permintaan ini mahu memiliki kediaman sendiri sebelum menutup mata, dikabulkan Allah SWT.

“Hanya ucapan terima kasih yang mampu saya sampaikan atas keprihatinan pihak berkaitan kerana memilih saya sebagai penerima bantuan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui.

Haminah memberitahu, kediaman asalnya yang dihuni bersama adik di Kampung Rampangi Fasa Satu musnah dijilat api Oktober tahun lalu.

Kejadian itu memusnahkan sepenuhnya rumah berkenaan, membuatkan dia dan adik terpaksa menumpang ihsan saudara-mara untuk berteduh.

“Saya amat bersyukur kerana program ini membolehkan rumah baharu yang cukup selesa didirikan semula di tapak asal,” katanya, terharu.

Sementara itu, Menteri Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, bantuan berkenaan adalah sebahagian inisiatif kerajaan negeri untuk golongan memerlukan, bagi menggantikan kediaman mereka yang daif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Menurut beliau, lima rumah telah dibina sejak program berkenaan diperkenalkan penghujung 2019.

"Ia melibatkan dua rumah di Kampung Rampangi Fasa 1 serta masing-masing satu di Kampung Temedak, Kampung Jaya Bakti dan Kampung Buntal.

“Ini adalah projek khas membantu penduduk yang memerlukan kediaman sendiri, hasil maklumat disalurkan pemimpin setempat,” katanya.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli DUN (ADUN) Pantai Damai berkata, kediaman baharu Haminah menelan kos RM57,000 dan memiliki tiga bilik tidur serta kemudahan asas lain.

Mula dibina awal April lalu, ia siap sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.  – Getaran, 14 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad