web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ambulans Ambil Pesakit COVID-19 Terbabas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 7:44AM

Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit COVID-19 terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan terjunam ke dalam longkang, di Jalan Tambun, Ipoh, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua petugas kesihatan berdepan detik mencemaskan apabila ambulans dinaiki terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan terjunam ke dalam longkang di Jalan Tambun di sini malam tadi ketika dalam perjalanan untuk mengambil pesakit COVID-19.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Azizan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan ambulans Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan dipandu Sa’azuldin Asid, 55, yang membawa pembantu perubatan Ahmad Mustakhim Badarudin, 40, pada kira-kira 8 malam tadi.

"Pemandu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan sejauh 60 meter sebelum masuk ke longkang tepi jalan ketika cuaca hujan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati, mereka sedang dalam tugas dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk pergi ke Kampung Melayu, Batu 8 mengambil pesakit COVID-19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Siput," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain serta tidak menyebabkan kerosakan harta awam manakala pembantu perubatan itu yang duduk di tempat penumpang hadapan hanya mengalami sakit pinggang.

Katanya, kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan mengawal kenderaan sehingga terbabas sendiri dan akibat kejadian itu, ambulans tersebut mengalami kerosakan calar dan kemek pada sebelah kanan dan pihaknya belum dapat mengesahkan lain-lain kerosakan.

"Ambulans dari HRPB sampai memberi bantuan untuk rawatan dan kenderaan terlibat telah dinyahkuman dan ditarik balik ke Klinik Tanjung Rambutan," katanya.

Beliau berkata tempat kejadian merupakan laluan empat lorong dua hala serta terdapat pembahagi di tengah jalan dan kes diklasifikasikan sebagai Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad