web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Puas Hati Rakan Meninggal, Pekerja Asing merusuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 1:51PM

Tular video sekumpulan pekerja asing membuat provakasi akibat tidak puas hati di Pantai Puteri, Melaka, malam tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sekumpulan pekerja warga Bangladesh dipercayai melakukan provokasi terhadap pengawal keselamatan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kejadian di Pantai Puteri, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata dalam kejadian 10.30 malam di asrama pekerja asing itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati tindakan pengawal keselamatan kilang menguruskan salah seorang rakan mereka yang tidak sedarkan diri.

Beliau berkata pengawal keselamatan yang juga pengadu telah membawa turun pekerja yang tidak sedarkan diri dari asrama namun selepas ambulans tiba pekerja terbabit telah disahkan meninggal dunia.

"Kekecohan disyaki bermula apabila salah seorang daripada mereka enggan memberikan kerjasama sebelum membuat rusuhan di hadapan pintu pagar asrama.

"Suspek telah melontar batu ke arah pengawal keselamatan dan merosakkan pondok pengawal selain menyebabkan van ambulans yang dinaiki petugas KKM mengalami kemek dan calar," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Afzanizar berkata bagaimanapun pengadu berusia 33 tahun itu bersama petugas perubatan KKM telah keluar dari asrama untuk menyelamatkan diri dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata kejadian itu juga menyebabkan perkakas pejabat pondok pengawal, kamera litar tertutup (CCTV), peti penggera kebakaran dan sebuah motosikal jenis Honda Wave milik pengawal keselamatan dirosakkan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM22,000.

"Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan dilakukan memandangkan lebih 670 pekerja asing itu sedang menjalani perintah kuarantin dan memakai gelang merah jambu.

"Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan situasi itu," katanya.

Sebelum ini, beberapa rakaman video dipercayai rusuhan itu tular di laman sosial Facebook. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut