web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Kes Keracunan Libatkan Pengambilan Ivermectin - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 1:52PM

Petugas kesihatan menunjukkan botol Ivermectin - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Racun Negara menerima dua kes keracunan membabitkan penggunaan ubat Ivermectin di negara ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya memaklumkan kedua-dua kes itu membabitkan individu berusia 35 tahun dan seorang warga emas.

“Kes pertama melibatkan pengguna yang mengambil satu biji Ivermectin. Akibatnya, pengguna itu mengalami gejala sesak nafas yang berpanjangan sehingga lima hari selepas pengambilan manakala bagi kes kedua melibatkan seorang warga emas yang didapati tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekali gus,” menurut kenyataan itu, hari ini.

KKM memberitahu Ivermectin didapati dijual secara tidak sah dan setakat ini ia belum diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Menurut kementerian itu pengambilan Ivermectin tanpa kajian mendalam dan dos yang tidak betul boleh mengakibatkan keracunan serta kesan mudarat seperti muntah, cirit, sakit perut dan pening.

“Kesan yang teruk pula adalah tekanan darah rendah, sesak nafas, kerosakan paru-paru dan kematian. Malangnya, tiada antidot atau rawatan spesifik untuk kes keracunan ini. Oleh itu, elakkanlah pengambilan Ivermectin untuk rawatan kendiri,” menurut kementerian itu.

Pada 5 Jun lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham  Abdullah dilapor berkata KKM dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan penggunaan serta keberkesanan Ivermectin untuk merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Dr Noor Hisham berkata Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases namun belum ada bukti yang konklusif untuk mengesyorkan penggunaan Ivermectin bagi merawat COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut