web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peniaga Lega, Sektor Ekonomi Beroperasi Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 5:01PM

Pekerja Siti Salon, Alzahrah Izyan Farhana Sapei membersihkan kedai sebagai persediaan hari pertama bermula operasi bagi sektor gunting rambut hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran 11 sektor ekonomi beroperasi semula hari ini selepas lebih dua bulan ditutup bukan hanya melegakan peniaga malahan warga kota yang sememangnya menanti-nantikan pengumuman tersebut.  

Pemilik pusat cuci kereta Muhammad Nizamudden Mohd Abd Kadzar, 27, berkata kedainya 'diserbu' oleh pelanggan sebaik sahaja mula dibuka sekitar 10 pagi. 

"Sehingga tengah hari, lebih 30 pelanggan datang namun kami terpaksa memilih untuk menerima pelanggan yang hanya lengkap dua dos vaksin sahaja seperti ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP)," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama juga mendapati banyak premis melibatkan 11 sektor ekonomi itu terutama kedai pakaian belum beroperasi sepenuhnya kerana masih dalam proses pembersihan walaupun terdapat pelanggan berkunjung untuk mendapatkan barangan tersebut. 

Pekerja pasar mini Nur Farah Liyana Ismail, 28, berkata beliau bergegas ke pusat beli-belah pada waktu rehat untuk mendapatkan seluar berwarna hitam yang menjadi keperluan dan pakaian seragam ketika bekerja. 

"Saya masih mencari premis pakaian yang dibuka. Susah dapatkan seluar hitam secara dalam talian terutama untuk saiz besar, bila tiap-tiap hari pakai, seluar pun lusuh dan sudah tidak selesa untuk dipakai," katanya ketika ditemui di sebuah pusat beli-belah. 

Sementara itu, pekerja salun Angela Wong, 30, pula menzahirkan rasa lega kerana dapat bekerja semula walaupun agak resah dengan penularan kes yang masih membimbangkan.  

"Sumber pendapatan memang terjejas bila tak bekerja sepanjang kedai tutup,  kami terpaksa mencari alternatif lain untuk menjana pendapatan," katanya. 

Pekerja kedai pakaian Cindy Kow, 40, pula berkata mereka tidak bercadang untuk membuka perniagaan hari ini sebaliknya mahu menumpukan kepada kerja pembersihan dan sanitasi. 

"Pekerja lain juga ada yang masih belum lengkap dua dos vaksin dan tidak boleh bekerja lagi, memang susah kalau kerja seorang, tambahan sekarang kena semak status vaksin pelanggan dulu sebelum dibenarkan masuk," katanya. 

Semalam, kerajaan mengumumkan 11 jenis aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan kembali beroperasi dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut