web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Ahli Parlimen Terlibat Perhimpunan Selesai, Keputusan Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 7:28PM

Acryl Sani (dua dari kanan) berbual dengan bekas pesara polis selepas menyampaikan sumbangan OP Bantu di Terengganu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Tindakan terhadap semua Ahli Parlimen yang menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka awal bulan lalu akan diputuskan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung perkara itu yang sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara

“Insya Allah akan ada keputusan dan tindakan diambil dalam waktu terdekat ini,” katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan OP Bantu kepada pesara polis di sini.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, 107 Ahli Parlimen dipanggil untuk  diambil keterangan berhubung penglibatan mereka dalam insiden tersebut.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Langkawi dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menafikan dakwaan yang tular sebelum ini bahawa cuti semua anggota dibekukan  bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15.

Langkah itu sebenarnya jelas beliau, 
adalah sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, berdasarkan senario semasa politik negara.

“Polis dikehendaki untuk sentiasa berada dalam keadaan siap sedia, jadi isu cuti itu sebenarnya adalah (hal) pentadbiran sahaja,” katanya. - Getaran, 17 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad