web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1MDB: Bekas CEO Nafi Terbabit Salah Laku

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 7:42AM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa beliau tidak terlibat dalam salah laku bagi mempermudah rancangan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho untuk menyeleweng wang milik syarikat itu.

Mohd Hazem, 49, membuat penafian itu ketika peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, mencadangkan bahawa beliau adalah individu yang membantu Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk menyeleweng kemudahan pembiayaan sebanyak US$250 juta daripada Deutsche Bank dan pemindahan US$175 juta kepada Aabar Investment PJS Ltd.

Saksi pendakwaan ke-10 itu, yang menjadi CEO 1MDB dari Mac 2013 hingga awal Januari 2015, berkata demikian pada perbicaraan kes bekas perdana menteri tersebut yang membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Mohd Hazem juga tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau telah bersekongkol dengan individu lain dalam pengurusan 1MDB termasuk bekas penasihat undang-undangnya iaitu Jasmine Loo, bekas Ketua Pegawai Kewangan Azmi Tahir dan Pengarah Eksekutif Terence Geh untuk memalsukan perjanjian berhubung perjanjian opsyen antara Aabar Investment PJS Ltd dan 1MDB Energy Holdings Berhad.

Perjanjian itu telah menyebabkan sejumlah US$175 juta dipindahkan daripada pinjaman yang diperoleh dua anak syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy Holdings Sdn Bhd dan 1MDB Energy (Langat) Limited kepada Aabar bagi tujuan melupuskan opsyen saham.

Ditanya sama ada beliau telah memberikan justifikasi palsu bagi pemindahan dana itu, Mohd Hazem menafikannya.

Muhammad Shafee: Bagi melaksanakan eksibit P777A (perjanjian opsyen Aabar), kamu telah melakukan dua kesalahan yang serius, antaranya ialah pecah amanah jenayah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. 

Mohd Hazem: Saya tidak setuju.

Saksi itu turut menolak cadangan peguam bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa sebagai CEO 1MDB bagi memudahkan penyelewengan US$250 juta dilakukan untuk manfaat Jho Low.

Terdahulu, seorang lagi peguam Najib iaitu Tania Scivetti mencadangkan bahawa Mohd Hazem telah menyalahgunakan kedudukannya untuk menyeleweng dana syarikat itu yang dinafikan saksi tersebut. 

Mohd Hazem turut menolak cadangan peguam itu bahawa beliau telah dipilih secara peribadi oleh Jho Low untuk menggunakan kedudukannya termasuk mengarahkan Loo menyediakan resolusi lembaga pengarah dan memastikan ahli lembaga menandatangani resolusi itu yang menjejaskan kepentingan 1MDB serta pemegang sahamnya. 

Scivetti turut mencadangkan bahawa tindakan Mohd Hazem yang menandatangani resolusi itu tanpa ragu-ragu adalah antara perkara yang menguntungkan Jho Low namun saksi tersebut tidak bersetuju.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad