web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Malaysia Catat 23,564 Kes Baharu, Tertinggi Sejak Pandemik Melanda Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 5:05PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan 23,564 kes iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,513,024.

Beliau berkata Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 6,974 diikuti Sabah (2,738 ), Sarawak (2,548), Kedah (1,932), Kuala Lumpur (1,652), Pulau Pinang (1,523) dan Johor (1,323).

Sebanyak 1,281 direkodkan di Kelantan, Perak (1,248), Melaka (610), Negeri Sembilan (608),  Terengganu (521), Pahang (517), Perlis (64), Putrajaya (24) dan Labuan (satu).

Semalam, Malaysia merekodkan 22,948 kes baharu wabak itu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi kenyataan hari ini memaklumkan daripada 23,564 kes harian yang dilaporkan, 431 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 23,133 kes (98.2 peratus) terdiri daripada kategori satu dan dua. 

Beliau berkata secara keseluruhan, 19,362 kes (82.2 peratus) daripada jumlah kes hari ini tiada atau tidak lengkap divaksinasi COVID-19.

Dalam kenyataan itu, beliau turut memaklumkan kes sembuh mencatatkan 21,448 kes, menjadikan kumulatif kes terkini adalah 1,241,894, manakala kes aktif sebanyak 257,417. 

Mengenai kes kematian baharu, 233 kematian dilaporkan melibatkan 199 warganegara manakala 34 lagi warga asing dengan 60 kes kematian direkodkan di rumah atau 'brought-in-dead' (BID) melibatkan 44 warga tempatan dan 16 bukan warganegara. 

Sementara itu, 1,062 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 518 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Mengenai 38 kluster baharu yang dikenal pasti, Dr Noor Hisham berkata 22 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 14 kluster komuniti, dan masing-masing satu kluster pendidikan lain dan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. 

Berdasarkan data terkini, beliau berkata nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia semalam adalah 1.04 dengan semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Kuala Lumpur (0.95), Negeri Sembilan (0.94), Putrajaya (0.89) dan Labuan (0).

Perlis mencatat nilai tertinggi iaitu 1.31, diikuti oleh Sabah (1.22), Sarawak (1.21), Pulau Pinang (1.19), Kelantan (1.14), Kedah (1.12), Perak (1.11) manakala Johor, Pahang, Melaka, dan Terengganu masing-masing (1.07) dan Selangor (1.00). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut