web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Pulang 3 Hari, Nelayan Dikhuatiri Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 9:32PM

Pasukan Maritim menjalankan operasi mencari Mohd. Rafi Omar yang hilang selepas keluar ke laut, tiga hari lalu di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa. - Gambar Ihsan Maritim Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar ke laut sejak tiga hari lalu dalam jarak 18.6 batu nautika dari Pantai Sabak, Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, mangsa, Mohd Rafi Omar, 37, keluar seorang diri kira-kira jam 11.59 malam tiga hari lalu.

Katanya, kehilangan itu menyebabkan kakak mangsa, Zakiah Omar, membuat laporan polis hari ini.

"Susulan laporan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan menerusi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan mengaktifkan operasi CARILAMAT mulai jam 12.50 tengah hari tadi.

"Ia membabitkan sektor pencarian seluas 38.25 batu nautika persegi oleh Kapal Maritim (KM) Tok Bali," katanya di sini hari ini.

Mohd Rafi Omar
Mohd Rafi Omar

Syed Nor Adli berkata, kakak mangsa  memaklumkan, adiknya, Mohd Rafi dilihat kali akhir mengenakan baju berwarna hitam dan baju hujan dengan gabungan warna hijau serta putih.   

Katanya, adik-beradik mangsa telah berusaha melakukan pencarian sekitar lokasi yang biasa dikunjungi lelaki tersebut untuk memancing, tetapi tidak berhasil.

"Operasi terbabit disertai 70 pegawai dan anggota Maritim Negeri Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang dikoordinasikan oleh MRSC Kuantan. 

"Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) turut ditubuhkan di Jeti Pasar Nelayan Pulau Gajah, Sabak dan setakat jam 5 petang tadi, aset Maritim Malaysia KM Tok Bali serta bot daripada Pasukan Polis Marin, JBPM
dan komuniti nelayan tempatan turut membantu mengesan mangsa," katanya.

Serentak kejadian, Syed Nor Adli turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa mengambil berat aspek keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. 

"Orang ramai yang memiliki maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-778 0070 atau MRSC Kuantan di talian 09-5717345," katanya. - Getaran, 21 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad