web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wee Wern Ucap Selamat Tinggal Kepada Sukan Skuasy

Sukan Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 4:19PM

gambar FB Low Wee Wern

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara, Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi.

Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33 tahun itu melalui hantaran di Facebook rasminya.

"Hari ini sememangnya tidak dapat dielakkan tetapi banyak yang telah saya tempuhi sepanjang perjalanan ini! Saya berterima kasih kepada pasukan saya yang menyokong saya, penaja saya dan semua orang di sepanjang karier. Sokongan yang tidak berbelah bahagi yang saya terima telah menjadi pendorong di sebalik perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini.

"Walaupun episod ini berakhir, minat saya dalam sukan ini terus kekal dan akan terus memberi inspirasi kepada insan lain. Inilah permulaan baharu, perjalanan baharu yang penuh dorongan, keazaman dan motivasi. 

"Saya teruja dengan peluang yang ada di hadapan. Terima kasih semua kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini! Saya sangat-sangat bersyukur," katanya.

Sebelum ini, bekas pemain nombor lima dunia itu pernah menyatakan hasrat untuk bersara selepas bergelut mencapai prestasi terbaik susulan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) di lutut kirinya.

Wee Wern pernah mencapai kemuncak dalam Jelajah Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dengan menjadi pemain Malaysia kedua dalam sejarah selepas legenda skuasy Datuk Nicol David yang memecahkan kedudukan lima teratas.

Beliau dalam masa sama pernah membantu kem skuasy negara meraih emas acara berpasukan masing-masing pada Sukan Asia 2010 (Guangzhou) dan 2014 (Incheon). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Skuasy: Malaysia Sapu Bersih Gelaran Juara Berpasukan Asia

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Kisah Kita 7 bulan yang lalu

Sumbangan Pada Luar Waktu Hakiki Jadikan Seseorang Guru Lebih Hebat - M Magendran

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Siapa Pilihan Pengundi?

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Buli Siber Dibentang Ke Jemaah Kabinet Minggu Depan

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud