web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Makanan India Yang Popular Di Malaysia

Masakan yang dibawa oleh etnik India ke Malaysia telah banyak mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Yang mana satu kegemaran anda?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 9:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masakan yang dibawa oleh etnik India ke Malaysia telah banyak mendapat tempat di hati masyarakat setempat. Pelbagai hidangan tradisi India yang unik dan enak boleh didapati di Malaysia sama ada di kedai-kedai mahupun dipesan dalam talian.

Mari kita lihat enam makanan tradisional dari India yang terkenal di Malaysia:

 

Roti Nan

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Roti nan atau nama lainnya roti tempayan adalah makanan yang popular di India. Namun ia juga makanan ruji di beberapa negara lain seperti di Pakistan dan Sri Lanka. 

Makanan yang diperbuat daripada tepung gandum beragi yang dipanggil 'atta' di India ini menggunakan kaedah masakan yang unik. Iai dibakar di dalam tempayan. Roti ini biasanya dicicah dengan kuah dhal dan kari serta ditambah dengan ayam tanduri bersama perahan limau.

Kebanyakan restoran India di Malaysia biasanya menyediakan hidangan ini pada waktu malam. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis naan seperti nan keju, nan bawang putih dan sebagainya. Harga nan pula bergantung pada jenis naan tersebut.

 

Tose

Gambar: Blog kebudayaankaumindia.blogspot.com
Gambar: Blog kebudayaankaumindia.blogspot.com

Terdapat pelbagai ejaan buat nama roti ini. Tosai, tose atau dosa adalah salah sejenis makanan tradisional India yang mempunyai ramai peminat.

Ia diperbuat daripada beras dan kacang dal hitam bersama beberapa rempah sebagai perasa. Ia biasanya dihasilkan dalam dua jenis iaitu tebal atau garing. 

Mempunyai rasa yang sedikit masam, tose selalunya dilengkapi dengan kuah kelapa dan kari ayam untuk dicicah. Ia juga hadir dalam beberapa jenis seperti tose telur atau tosebawang. 

Lazimnya dimakan waktu sarapan, tetapi kebanyakan kedai menyediakannya sepanjang masa. 

Harga tose boleh didapati dalam lingkungan RM 1.50 hingga RM 2.50.

 

Idli

Gambar: Instagram @ishaidli
Gambar: Instagram @ishaidli

Idli atau nama lainnya kuih beras kukus adalah sejenis makanan sarapan pagi yang berasal daripada selatan India. 

Bentuknya seperti putu piring tetapi sedikit tebal dan mempunyai tekstur yang lembut serta berwarna putih. Kebiasaannya, ia dimakan sejurus keluar dari alat kukus dan dibanjiri bersama kuah kari.

Isi kandungan idli terdiri daripada campuran kacang dal hitam, beras dan ia diperap sebelum dikukus.

Idli boleh didapati di kedai mamak atau kedai makanan India dan harga bagi satu idli dalam lingkungan RM 0.50 hingga RM 1.00.

 

Puri

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Puri adalah sejenis makanan yang  biasanya dijadikan sarapan dan kadang dikudap sebagai makanan ringan. 

Ia berasal daripada subbenua India yang merangkumi negara India, Pakistan dan Bangladesh. 

Diperbuat daripada tepung gandum sama ada tepung atta atau suji (tepung gandum kasar), ia digoreng dengan kaedah melumurkan minyak sapi atau minyak sayuran di atasnya dan dibiarkan mengembang bulat seakan-akan bola. 

Puri yang dimasak akan menghasilkan warna coklat keemasan dan teksturnya rangup. Sungguh enak dimakan bersama kuah dal atau kacang buncis masala. 

Di Malaysia, anda boleh mendapatkan puri di kedai mamak dengan harga antara RM 1.50 hingga RM 2.50 sekeping.

 

Wade

Gambar: Instagram @vadaistopkl
Gambar: Instagram @vadaistopkl

Wade atau vadai adalah sejenis kuih tradisional India yang amat popular dan digemari oleh ramai orang di Malaysia. Sejenis makanan yang popular dalam kalangan masyarakat India Selatan, vadai mempunyai dua jenis. 

Yang pertama adalah masala vadai yang diperbuat daripada kacang dal dan kentang serta dimakan bersama hirisan cili dan bawang manakala yang kedua ialah ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras yang enak dimakan bersama kuah kari. 

Kedua-duanya digoreng bersama minyak panas. Kebiasaannya, kuih ini boleh didapati di pasar malam atau di kedai mamak. 

Dianggarkan harga satu vadai sekitar RM 1.00 bergantung kepada saiz kuih ini dihasilkan.

 

Roti Canai

Gambar: Ceriasihat.com
Gambar: Ceriasihat.com

Roti canai adalah makanan asal India yang paling popular di Malaysia. Ia telah dicipta oleh etnik Tamil dari India.

Roti canai diperbuat daripada tepung dan kemudian akan ditebar lalu dimasak di atas kuali yang panas. Kebanyakannya berbentuk bulat, ia dicicah bersama kuah dal atau kari kambing mengikut citarasa masing-masing.

Ada pelbagai cara untuk menikmati roti canai, antaranya roti canai yang dibanjiri kuah, roti canai bersama telur dan sebagainya. 

Harga roti canai dianggarkan dalam lingkungan RM 1.00 hingga RM 2.00 sekeping. Ia pasti terdapat di semua restoran India dan beberapa restoran makanan Melayu yang ada di Malaysia. - Getaran, 30 Oktober 2021

Isu Pada

Fenomena Doktor Malar

30 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap