web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AirAsia Bawa Terbang Naelofar, Jovian Mandagie, Perkenal Lebih Banyak Pilihan Menu Enak

AirAsia bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama popular tempatan dan Asean bagi menambah rangkaian produk dalam penerbangan serta barangan bebas cukainya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 4:00PM

Foto : AirAsia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AirAsia mengumumkan pelan pengembangan utama bagi segmen perkhidmatan dalam penerbangan, barangan bebas cukai dan menu dalam penerbangan untuk tahun 2023. 

Sepanjang tempoh ini, jenama yang meraih pelbagai anugerah ini bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama popular tempatan dan Asean bagi menambah rangkaian produk dalam penerbangan serta barangan bebas cukainya.

Selain barangan eksklusif AirAsia seperti kemeja-T, topi, baju bayi dan banyak lagi, para tetamu juga boleh membeli produk penjagaan kulit, minyak wangi dan makanan ringan dalam penerbangan AirAsia.

Sebagai permulaan, syarikat yang ini melancarkan kerjasama dengan jenama tempatan popular Naelofar. Pengguna perkhidmatan penerbangan ini boleh mendapatkan barangan eksklusif AirAsia X Naelofar di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X Malaysia (D7) sehingga 31 Mac hadapan. 

Selain itu, ia juga boleh didapati melalui airasia Super App dengan menekan ikon ‘Shop’ pada aplikasi tersebut. Setiap kotak bernilai RM190 termasuk hijab Naelofar, aksesori hijab, wangian untuk hijab, selendang floral, beg tangan kecil (wristlet), dan rantai kunci AirAsia.

Pengguna perkhidmatan penerbangan ini boleh mendapatkan barangan eksklusif AirAsia X Naelofar di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X Malaysia (D7) sehingga 31 Mac hadapan. 
Pengguna perkhidmatan penerbangan ini boleh mendapatkan barangan eksklusif AirAsia X Naelofar di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X Malaysia (D7) sehingga 31 Mac hadapan. 

Bukan itu sahaja, para pencinta fesyen boleh menantikan satu lagi kerjasama menarik AirAsia bersama ikon fesyen Jovian Mandagie bagi koleksi pakaian Jovian Ready-To-Wear. Bahkan, tetamu juga boleh mendapatkan produk eksklusif Jovian seperti selendang, skaf, wangian dan tumbler pilihan Jovian di dalam penerbangan AK dan D7 sedikit masa lagi.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Runcit dan Makanan, Catherine Goh, dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya berasa cukup teruja dengan kerjasama terbaharu ini.

 “Dalam kami terus berusaha untuk mengembangkan pilihan tawaran di dalam penerbangan, kami teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan pereka fesyen serta usahawan tempatan dan Asean yang bukan sahaja memberi inspirasi tetapi telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.”

‘“Kami akan sentiasa berusaha untuk mempamerkan keindahan serta nilai jenama tempatan melalui rangkaian luas AirAsia dan inisiatif penjenamaan berterusan. Kami percaya terdapat pelbagai potensi yang belum diterokai bagi usahawan tempatan dan kami berharap untuk terus memperjuangkan pengembangan dan pendedahan jenama 100 peratus buatan Malaysia mereka melalui rangkaian bebas cukai.”

Menu Baharu Santan

Sementara itu, Santan, jenama hidangan dalam penerbangan kegemaran ramai oleh AirAsia akan memperkenalkan menu baharu sempena musim perayaan ini. Mulai sekarang sehingga 31 Mac 2023, nikmati hidangan istimewa Tahun Baru Cina iaitu Kombo Nasi Pulut bersama Ayam dan Dim Sum. 

Ia merangkumi mai ayam, mai lada hitam, otak-otak serai, tauhu bersama hidangan nasi pulut berserta ayam BBQ dan cendawan dengan minuman pada RM15 (pra tempah) atau RM17 (dalam penerbangan, tertakluk kepada ketersediaan). 

Hidangan sedia ada di Santan. - Gambar dari Instagram santan.asean
Hidangan sedia ada di Santan. - Gambar dari Instagram santan.asean

Lengkapkan hidangan anda dengan kombo pencuci mulut ‘Black & Pink’ edisi terhad, iaitu hidangan kek gulung berperisa raspberi dan coklat, bersama-sama segelas minuman sparkling Sakura yang menyegarkan pada RM12 (dalam penerbangan).  - Getaran, 28 Januari 2023 

Untuk maklumat lanjut tentang tentang promosi Santan, anda  boleh ikuti mereka di Instagram @santan.asean dan TikTok @santan_asean. 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap