web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Simpan Air Sempena Aidiladha Bukti Penyelesaian Isu Air Di Kedah Masih 'Jauh'

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 3:44PM

Shaiful Hazizy Zainol Abidin - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Langkah Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) meminta pengguna menyimpan bekalan air untuk sekurang-kurangnya dua hari menjelang kedatangan Aidiladha jelas membuktikan betapa masalah air di Kedah masih 'jauh' untuk diselesaikan. 

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, saranan itu juga menampakkan bahawa kerajaan negeri gagal menangani isu berkenaan walaupun perancangan demi perancangan sudah dibentangkan sebelum ini. 

"Ketiadaan fokus dan perancangan jangka masa pendek merupakan masalah utama dengan SADA dilihat masih dalam suasana menjalankan perniagaan seperti biasa, walaupun negeri ini berada dalam keadaan 'bencana' yang sangat memerlukan perhatian.

"Saya berharap SADA lebih bersedia bagi berdepan krisis air pada musim perayaan akan datang. Saranan untuk pengguna menyimpan air selain langkah SADA menyediakan lori bagi menghantar bekalan, tidak seharusnya dijadikan pilihan utama," katanya hari ini. 

Tambahnya, SADA seharusnya mempunyai pelan jangka masa sederhana bagi menghadapi masalah kekurangan bekalan air pada musim perayaan.

"Saranan kepada pengguna untuk menyimpan air tidak seharusnya menjadi kebiasaan atau prosedur operasi standard (SOP) SADA," katanya. 

Menerusi infografik dimuat naik di laman media sosialnya semalam, SADA memaklumkan bahawa syarikat tersebut menjangkakan berlaku peningkatan penggunaan air oleh pengguna di seluruh Kedah sempena kedatangan Aidiladha. 

Sehubungan itu, pengguna disarankan melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air untuk kegunaan sekurang-kurangnya dua hari. 

Pengguna juga disarankan supaya menggunakan air secara berhemah bagi mengurangkan risiko gangguan serta terputus bekalan. 

Menurut SADA, sebanyak 108 lori telah dipersiapkan bagi menyediakan bantuan bekalan air sempena Aidiladha.

Kenderaan itu terdiri daripada 28 lori tangki SADA, 73 lori kontrak dan tujuh lori tangki 'jumbo'. - Getaran, 15 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 7 bulan yang lalu

Jangan Bongkak Sangat Sanusi, Semuanya Berkemungkinan Di Hari Pengundian 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Hanya Orang ‘Buta Demokrasi’ Anggap Kempen ‘Kalih Bagi Sama’ Songsang

3

Semasa 1 tahun yang lalu

252,000 Pengguna SADA Di 3 Daerah Terjejas Gangguan Bekalan Air

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Bulan Tiada Air, Penduduk Wang Perah Kembali Ke Zaman Silam

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Sukan 13 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 16 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental