web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hanya Orang ‘Buta Demokrasi’ Anggap Kempen ‘Kalih Bagi Sama’ Songsang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 5:00PM

Hanya orang ‘buta demokrasi’ menganggap kempen ‘Kalih Bagi Sama’ digerakkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai songsang. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan hanya orang ‘buta demokrasi’ menganggap kempen ‘Kalih Bagi Sama’ digerakkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai songsang.

Tegas beliau, reaksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa kempen itu bertentangan amalan demokrasi di negara ini, seolah-olah menunjukkan pemimpin PAS berkenaan seorang penakut dan kehabisan modal politik.

Malah, katanya, Muhammad Sanusi sebenarnya menyedari masa depan dan jawatannya kini berada di ‘hujung tanduk’, selepas gagal dengan propaganda kononnya mahu merampas kedaulatan Pulau Pinang.

“Gara-gara ‘koyak’ dihentam orang Kedah sendiri kiri dan kanan ekoran isu tersebut, beliau cuba perlekehkan kempen BN-PH, diselang seli dengan kemahirannya memaki hamun musuh politik yang tidak sehaluan dengannya di pentas ceramah.

“Nampaknya sindrom ‘penyakit lama’ PAS melaungkan takbir disusuli caci nista memburuk-burukkan musuh politik, melekat pekat di dada Sanusi. Entah bila parti itu akan berubah daripada terus memperalatkan agama untuk kelangsungan politiknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah mendakwa, kempen ‘Kalih Bagi Sama’ digerakkan PH dan BN Kedah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak menggambarkan demokrasi, selain tidak selari dengan Perlembagaan negara.

Menurutnya, adalah menjadi hak rakyat untuk memilih kepimpinan dalam pilihan raya, seperti termaktub dalam undang-undang.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, kempen tersebut adalah tawaran buat rakyat atau pengundi di negeri Jelapang Padi untuk memilih pihak sehaluan dan sama dengan pentadbiran di peringkat Persekutuan dalam PRN akan datang.

Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy yang tidak menamakan mana-mana pemimpin berkata, sikap suka mencari gaduh, mencarut dan memfitnah orang yang tidak ‘sebulu’ adalah lebih buruk berbanding ‘songsang’.

Jelas beliau, untuk mengembalikan kegemilangan Kedah, tampuk pentadbiran di negeri itu perlu sealiran dengan kerajaan Pusat.

Justeru, katanya, Sanusi perlulah bersedia untuk menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada pemimpin lain yang lebih layak.

“Menjadi Menteri Besar tidaklah semudah yang disangka. Setelah tiga tahun ‘menjahanamkan’ Kedah, jelaslah dia tidak mampu mentadbir dengan baik dan berkesan.

“Berilah jawatan itu kepada yang lebih layak!” katanya. – Getaran, 18 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Simpan Air Sempena Aidiladha Bukti Penyelesaian Isu Air Di Kedah Masih 'Jauh'

2

Politik 2 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 3 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Politik 3 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 13 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 16 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Semasa 13 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes