web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Politik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:20AM

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Berbuka Puasa UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Putra. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat untuk menterjemah rasa hormat kepada jalinan kerjasama yang dibina dalam Kerajaan Perpaduan, selain sebagai isyarat bagi memperkukuh kedudukan kerajaan.

"Walaupun jumlah pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu telah meningkat kira-kira 50 peratus tetapi demi menghormati Kerajaan MADANI, UMNO dan komponen BN harus menghormati kerusi itu dipunyai rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

"Jentera UMNO bukan sahaja seluruh Selangor tetapi saya yakin jentera BN, terutama MCA akan bersama membantu calon berkenaan biarpun tarikh (pilihan raya kecil) belum ditentukan," kata Presiden UMNO itu dalam ucapan pada Majlis Berbuka Puasa UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan pemimpin tertinggi UMNO serta parti komponen BN.

Kelmarin, Ahli DUN Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat penyakit kanser.

Lee telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak 2013 dan semasa Pilihan Raya Negeri Selangor pada Ogos tahun lepas, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional, Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi