web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Restoran Cina Mesra Muslim Harus Anda Cuba!

Dari hidangan periuk panas, hingga secangkir kopi di kopitiam, sukar untuk menolak makanan Cina yang lazat!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 May 2021 9:35AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di musim perayaaan ini, tak hairan jika kamu dihidangkan dengan masakan-masakan Melayu seperti rendang, ketupat, lontong, lemang dan lain-lain yang sesuai dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri sepanjang bulan Mei ini.

Nah, apa kata kamu tukar selera. Muak juga makan rendang hari-hari, bukan? Berikut kami senaraikan enam restoran makanan Cina mesra muslim terbaik di Kuala Lumpur, yang pasti memuaskan keinginan selera makanan Cina anda!

1 – Grandmama’s 

Tiada yang lebih nyaman, memakan makanan air tangan nenek. Inilah objektif restoran Cina yang satu ini, Grandmama’s memberi tumpuan untuk menghidangkan makanan-makanan enak seperti masakan nenek-nenek Cina di kampung halaman. Menu pilihan seperti Char Kway Teow Telur Itik dan Nasi Goreng Hakka.

Lokasi: Aras 6, Pavilion KL & Aras G, Intermark KL

2 – Al Amber Chinese Muslim Restaurant

Mempunyai lebih 80 hidangan makanan Cina. Hidangan popular mereka adalah ‘Mi Tarik Tangan’ yang boleh dihidangkan dengan aneka sup. Cuba ‘Kambing Panggang’ yang diperam dengan rempah Sannai dari Sichuan, China. Oh, jangan lupa ‘Udang Kukus’ yang dihidangkan dalam minyak panas dan sos Sichuan Ma La!

Lokasi: Aras 7, Pavilion KL

3 – Grand Imperial Seafood Hotpot & BBQ

Terkenal dengan ‘Mi La Mian’ (mi tradisional Cina buatan tangan) dan hidangan ‘Itik Panggang’. Inilah restoran buat mereka yang gemarkan hidangan periuk panas dan panggang. Anda boleh memilih untuk merendam aneka daging tempatan atau import, makanan laut dan ayam segar, selain bebola dan sayur-sayuran perdana. Makan langsung dengan cili gurih secara panas-panas! 

Lokasi: Aras 9, Pavilion Elite

4 – Daily Express 

Siapalah yang tidak suka menikmati secangkir kopi di warung kopitiam? Daily Express menawarkan makanan khas keturunan Cina di Malaysia seperti Mi Udang Pulau Pinang, Mi Kari Nyonya, Assam Laksa, Chee Cheong Fun, Lam Mee dan banyak lagi. Disajikan bersama secangkir kopi hitam pekat, hidangan ini memang tepat! 

Lokasi: Medan Selera, Aras LG, Intermark Mall

5 – In Colonial

Restoran berkonsepkan Kolonial Inggeris yang menawan, In Colonial menyajikan masakan Anglo-Cina yang pasti menggoda selera anda. Dari pilihan makanan laut segar seperti ‘Tiram Hiroshima’, hingga ‘Nasi Itik’ yang direneh khas dalam periuk tanah liat. Bayangkan aromanya. Bintang utama, tentulah ‘Udang Karang Mentega’ ala masakan timur bertemu barat! 

Lokasi: Aras G, Intermark Mall

6 – Dolly Dim Sum, Pavilion KL

Buat penggemar dim sum, Dolly Dim Sum adalah restoran dim sum terbaik untuk anda. Menu-menu yang menjadi kegilaan ramai seperti Salad Prawn Dumpling, Har Gao Dumpling, Spicy Szechuan Dumpling, Golden Fish Cracker dan yang paling popular, Dolly Dim Sum Signature Egg Custard Bun! – Getaran, 15 Mei 2021

Lokasi: Aras 1, Pavilion Elite

Semua gambar: laman sesawang restoran berkenaan

Isu Pada

Kemilau Bintang Wany Hasrita

15 May 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara