web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Nasi Kandar 'Lejen' Akan Berada Di Festival Nasi Kandaq, Apa Tunggu Lagi?

Festival 48 Jam yang menjanjikan yang terbaik di antara yang terbaik

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 1:35PM

Nasi Kandar Hameediyah - gambar Restoran Hameediyah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehangatan Festival Nasi Kandaq yang akan berlangsung pada 23 dan 24 September kini makin terasa. Ramai yang sudah menyusun perancangan untuk memastikan diri turut berada di festival 48 jam itu.

Baru-baru ini, senarai restoran atau vendor yang sudah mengesahkan penyertaan mereka sudah pun didedahkan dan ia bakal menyaksikan 10 nasi kandar lejen bergabung di bawah satu bumbung. 

Jadi, tanpa membuang masa lagi, berikut adalah senarai 10 restoran yang akan memeriahkan festival yang akan berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.  Senarai ini dikongsi oleh FriedChillies.com yang merupakan rakan kolaborasi untuk acara ini.

Vendor-vendor ini bukan sahaja dari negeri ‘kelahiran’ nasi kandar, Pulau Pinang, tetapi ada juga dari Lembah Klang dan Johor Bahru.

Dari Pulau Pinang

1. Nasi Kandar Pokok Ketapang (Jamal Mohamed)

Foto : @izmal

Terletak di Seberang Prai, hidangan nasi kandar yang satu tidak pernah sunyi daripada tumpuan ramai.  Bermula dengan gerai di tepi jalan yang dikenali sebagai Nasi Kandar Pokok Ketapang, kini ia mempunyai restoran yang terletak berhampiran lokasi asal yang dinamakan Jamal Mohamed.

2. Restoran Yusuf

Permata tersembunyi di Relau, Pulau Pinang terkenal dengan hidangan ayam ros dan rendang daging yang dimasak mengikut  gaya masakan nasi kandar. 

3. Pelita Nasi Kandar, Chai Leng Park 

Foto : @nasikandarpelita

Cawangan asal Pelita Nasi Kandar. Bagi yang pernah menjamu selera di sini, pasti anda sudah tahu benar dengan keenakan ayam gorengnya yang rangup dan berjus. Tidak ketinggalan kari kambingnya yang popular. 

4. Liga Maju Ayam Negro

Negro yang dimaksudkan di sini bukanlah berkaitan keturunan, tetapi ia adalah gelaran untuk ayam masak hitam yang dihidangkan oleh mereka. Selain itu restoran ini juga terkenal dengan sambal kelapa!

Dari Kuala Lumpur

5. Nasi Kandar Kudu

Foto : @j.awatcheshub

Siapa yang mampu menafikan kelazatan nasi kandar yang satu ini. Telah membahagiakan ramai orang sejak tahun 60-an, restoran ini dahulunya dikatakan menjadi restoran kegemaran Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. 

Antara menu yang menjadi buruan ialah ayam dan daging masak hitam. Kuah kicapnya juga menambat selera. 

6. Nasi Kandar Sitthique 

Menurut perkongsian FriedChillies, ‘permata tersembunyi’ di sini ialah sotong goreng tepung yang padat dengan telurnya. Begitu juga dengan daging masak hitam. Tiada tandingan. 

7. Nasi Kandar Saddam

Foto : @nasikandarsaddam

Juga berasal dari Pulau Pinang, restoran ini sudah mempunyai banyak cawangan di Lembah Klang. Rata-rata yang sudah mencuba menjamu selera di sini mengatakan rasa masakan di sini sama dengan yang di pulau. 

8. LC (Line Clear) Nasi Kandar

Restoran yang pernah dihimpit kontroversi tentang status lesennya di Pulau Pinang ini sudah pun melebarkan sayap di Kampung Baru, KL. Terkenal dengan hidangan ayam goreng dan kuah campurnya, mereka sudah sedia beraksi di festival yang ditunggu-tunggu ini. 

9. Restoran Hameediyah

Foto : @hameediyah_restaurant

Siapa yang tidak kenal Hameediyah? Restoran ikonik ini telah menyajikan hidangan nasi kandar sejak 1907 di Pulau Pinang. Kari aromatik dan ayam bawang mereka adalah legenda. Cawangan mereka yang terbaharu di Bukit Bintang membuktikan nasi kandar kini sudah berada di liga yang membanggakan.

Dari Johor Bahru

10. Nasi Kandar Talam 

Foto : @qhais_89

Satu-satunya vendor dari hujung Selatan. Dengar kata, salah satu tarikan Nasi Kandar Talam ialah mereka menghidangkan nasi menggunakan pinggan logam dan menabur bawang goreng di atas nasi dengan mewah! 

Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk memuaskan nafsu makan di festival yang satu ini. Manjakan lidah dengan seleksi nasi kandar yang belum pernah dinikmati, atau hilangkan rasa mengidam yang telah tersimpan begitu lama!

Inilah peluang anda untuk menyelami keajaiban rasa nasi kandar. Ingat, acara ini dipersembahkan oleh halaman Facebook terkenal, Nasi Kandar Hunter (NKH), Nasi Kandar Transporter (NKT) dan juga Friedchillies yang semestinya menjanjikan yang terbaik dari yang terbaik. - Getaran, 19 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

2

Selera 5 bulan yang lalu

Nasi Kandar Festival Di KL Tower 27 Dan 28 Januari Ini

3

TARA 5 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

4

TARA 5 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu