web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jualan Kopi Rezeki Pandemik Pemilik Kedai Gunting Rambut

Keputusan Abdullah Thariq nyata berbaloi, kemahiran membancuh kopi yang dipelajari daripada YouTube serta hasil pemerhatian ketika mengunjungi kafe kopi di sekitar Kota Bharu kini membuahkan hasil.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:58AM

Gambar: Shahuri Saidi, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hampir setiap hari pengguna Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor pasti dapat melihat flash mob di hadapan sebuah kedai gunting rambut yang terletak di Pasir Pekan di sini, namun mereka bukan mempromosi perkhidmatan itu sebaliknya perniagaan kopi yang mula diusahakan sejak Mei lepas.

Pemilik LOH Barbershop Abdullah Thariq Abdullah, 26, tidak menyangka kemahiran membancuh kopi yang dimiliki sejak lebih setahun lalu, kini memberinya pendapatan seterusnya membantu menampung perbelanjaan berikutan perniagaan kedai gunting rambutnya terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19.

Bercakap kepada Bernama, Abdullah Thariq berkata beliau bersama adik dan abangnya mengusahakan perniagaan kedai gunting rambut sejak 2018 dan memiliki tujuh cawangan kedai serta sebuah pusat latihan, namun akibat pandemik mereka terpaksa menutup dua daripada cawangan tersebut.

"Kedai tinggal lima sahaja termasuk sebuah pusat latihan, jumlah tukang gunting juga berkurang daripada sembilan orang kepada hanya tujuh sekarang, namun saya masih perlu kira-kira RM3,000 untuk bayaran sewa, bil elektrik dan air untuk kesemua premis itu. Saya cuba cari apa lagi yang boleh dilakukan dalam tempoh ini bagi membantu aliran tunai perniagaan.

"Saya peminat kopi dan sudah memiliki sebuah mesin membancuh minuman tersebut yang dibeli pada harga RM1,400 tahun lepas. Jadi saya ambil keputusan mulakan Loh COffee & Brew di hadapan premis gunting rambut di Pasir Pekan ini. Lagipun, lokasi ini merupakan laluan utama dari arah Tumpat ke Kota Bharu," katanya.

Keputusan Abdullah Thariq nyata berbaloi, kemahiran membancuh kopi yang dipelajari daripada YouTube serta hasil pemerhatian ketika mengunjungi kafe kopi di sekitar Kota Bharu kini memberi pendapatan seterusnya membantu aliran tunai perniagaannya.

"Saya mulakan jualan kopi dua sesi, 8 pagi hingga 12 tengah hari dan 4 petang hingga 9.30 malam. Loh COffee & Brew gunakan kopi Arabica second crack extra dark roast yang diperoleh daripada pembekal di Kota Bharu.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik. Setiap hari saya mampu menjual kira-kira 30 hingga 40 cawan yang memberi pulangan RM200 hingga RM300 sehari. Berkenaan promosi selain flash mob, saya juga membuat hebahan menerusi laman sosial seperti Facebook.

“Jujurnya saya tak pernah sangka akan dapat sambutan. Saya hanya fikir nak buat aliran tunai perniagaan semata-mata tetapi alhamdulilah dapat sambutan,” kata anak jati Pasir Pekan itu. 

Beliau berkata usahawan perlu kreatif dalam menjana pendapatan lain apabila berdepan kesukaran terutamanya ketika negara dilanda pandemik COVID-19. - Bernama

Isu Pada

Jeritan Ezah Hashim

31 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

Gaya 7 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditetak Dalam Kedai Kopi Di Kulim

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia