3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI)5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut
Berita Terkini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.
Perintah menunaikan zakat fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun umat Islam diwajibkan puasa pada bulan Ramadan, bulan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna.
Mengikut Mazhab Syafie, waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam raya) manakala waktu sunat pula adalah sebelum solat sunat hari raya manakala makruh menunggu sehingga selesai solat itu.
Di negara ini, pihak yang menguruskan pungutan zakat telah memudahkan urusan pembayar zakat fitrah dengan berada hampir di mana-mana bagi membolehkan urusan membayar zakat dipermudahkan, jika tidakpun, ia boleh dilakukan secara online.
Pandu lalu, di masjid, bazar Ramadan, kompleks beli-belah, malah ada amil yang dilantik boleh menghadirkan diri ke mana-mana pejabat bagi memudahkan urusan.
Di Kuala Lumpur, kadar zakat fitrah ditentukan mengikut nilai gred beras yang dimakan oleh umat Islam, dari RM7, RM14 ataupun RM21 dan lebih menarik, ia juga boleh dibayar secara dalam talian melalui laman web Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Jadi, tidak ada alasan lagi terlewat membayar zakat fitrah yang wajib dibayar menjelang Syawal.
Jurufoto Getaran, ABD. RAZAK LATIF meninjau aktiviti pembayaran zakat fitrah di Kuala Lumpur ketika umat Islam bersiap-sedia hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri. - Getaran, 29 April 2022
Sorotan
1
Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap