web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Pelajar Ditahan Selepas Rakam Aksi Samun

Video & Galeri Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 12:04PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua pelajar tingkatan dua dan seorang pelajar tingkatan satu diberkas selepas dipercayai menyamun seorang warga asing dengan bersenjatakan pisau, di Taman Connaught, Cheras pada Rabu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid, ketiga-tiga itu ditahan reman selama lima hari mulai 10 Januari lalu.

"Penahanan dibuat di lokasi berasingan di Cheras selepas polis menerima maklumat kira-kira jam 2 pagi pada Rabu," katanya

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat dan jika bersenjata hendaklah dikenakan sebat, selain hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen lain jika sabit kesalahan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berhampiran. - Getaran, 12 Januari 2024

@getaranmy Ketiga-tiga orang pelajar sebuah sekolah menengah di Cheras, Kuala Lumpur itu disyaki menyamun kediaman warga asing. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Sumber: Awani. #getaranmy #berita #semasa #jenayah ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia