web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anugerah Seni BOH Cameronian 2023: Sebanyak 29 Kategori Dipertandingkan, 1,010 Penyertaan Calon Dinilai 

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 merupakan kemuncak persembahan yang diadili sejak tiga tahun lepas bermula pada 2020 apabila industri seni terpaksa mengharungi pandemik COVID-19 yang telah mengubah dunia. 

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 12:06PM

Menerusi edisi ke-18 Anugerah Seni Cameronian BOH ini, sebanyak 29 kategori dipertandingkan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas tiga tahun tidak dianjurkan, Anugerah Seni Cameronian BOH kini kembali dengan membawa tema 'A New Day, Setia Pada Senimu' pada edisi ke-18 kali ini yang dijadualkan berlangsung di PJPAC, 1 Utama E, I Utama Shopping Centre pada 14 Mei ini. 

Menerusi edisi ke-18 ini, sebanyak 29 kategori dipertandingkan pada malam kemuncaknya yang mana ia terbahagi kepada medium persembahan pentas untuk tarian, muzik, teater muzikal dan muzikal. 

Bagi kategori persembahan tarian, antara kategori yang yang dipertandingkan adalah Penghibur Utama Pilihan Terbaik, Persembahan Kumpulan Terbaik, Koreografer Terbaik Dalam Persembahan Campuran, Koreografer Terbaik Dalam Kerja Ciri Panjang, (akan diumumkan pada malam anugerah), Rekaaan Tata Cahaya Terbaik, Rekaan Set Dan/Atau Visual Terbaik, Rekaan Muzik dan Bunyi Terbaikserta  Rekaan Kostum, Styling & Solekan Terbaik. 

Sementara medium persembahan Muzik yang dipertandingkan pula adalah Persembahan Solo Terbaik - Instrumental (akan diumumkan pada malam anugerah),  Persembahan Kumpulan Terbaik  - Instrumental, Persembahan Solo Terbaik - Vokal, Persembahan Kumpulan Terbaik - Vokal,  Pengarahan Muzikal Terbaik, Komposisi Original Terbaik serta  Nilai Produksi Terbaik. 

Kategori yang dipertandingkan dalam medium persembahan teater muzikal pula adalah Muzik & Lirik Original Terbaik, Buku Original Terbaik, Pengarahan Muzikal Terbaik (akan diumumkan pada malam anugerah),  Produksi Ensemble/Persembahan Kumpulan Terbaik serta Persembahan Terbaik Untuk Peranan Utama Produksi. 

Manakala bagi persembahan medium teater, kategori yang dipertandingkan adalah Aktor Terbaik Untuk Peranan Utama, Produksi Ensemble/Persembahan Kumpulan Terbaik Show Title, Aktor Terbaik Untuk Peranan Pembantu, Pengarah Terbaik, Skrip Original Terbaik, Rekaaan Tata Cahaya Terbaik, Rekaan Set Dan/Atau Visual Terbaik, Rekaan Muzik dan Bunyi Terbaik serta  Rekaan Kostum, Styling & Solekan Terbaik. 

Anugerah Seni Cameronian BOH kini kembali dengan membawa tema 'A New Day, Setia Pada Senimu.
Anugerah Seni Cameronian BOH kini kembali dengan membawa tema 'A New Day, Setia Pada Senimu.

Bagi beberapa kategori yang diumumkan pada malam kemuncak anugerah, pemilihan pemenang dilakukan terus oleh pihak penganjur tanpa senarai calon yang bertanding. 

Anugerah Seni BOH Cameronian ke-18 merupakan kemuncak persembahan yang diadili sejak tiga tahun lepas bermula pada 2020 apabila industri seni terpaksa mengharungi pandemik COVID-19 yang telah mengubah dunia. 

Sebanyak 1,010 produksi telah menghantar penyertaan yang diadili sekumpulan juri yang hebat. Barisan juri profesional yang terlibat untuk membuat penilaian ini adalah Dr Andrew Filmer, Dominic Luk, Janet Kan, Ng Yuet Sum, Sara Heng, Dr Sayyid Shafiee dan Tan E-Jan untuk kategori muzik. 

Bagi kategori tarian, barisan juri yang menilai adalah Alla@Azura Abal Abas, Choong Wan Chin, Foo Chi Wei, Kenny Shim, Rathimalar Govindarajoo dan Mohd Yunus Ismail.

Kategoti teater muzikal pula dinilai Colin Kirton, Mervyn Peters, Michael Xavier Voon, Sabrina Hassan dan Sandra Sodhy.

Manakala, bagi  teater pula, ia  dinilai barisan juri, Christopher Ling, Fazleena Hishamuddin, Dr Muralitharan Pillai, Dr Syahrul Musa serta Yves Yap.

Menerusi edisi ke-18 ini, sebanyak 29 kategori dipertandingkan pada malam kemuncaknya yang mana ia terbahagi kepada medium persembahan pentas untuk tarian, muzik, teater muzikal dan muzikal. 
Menerusi edisi ke-18 ini, sebanyak 29 kategori dipertandingkan pada malam kemuncaknya yang mana ia terbahagi kepada medium persembahan pentas untuk tarian, muzik, teater muzikal dan muzikal. 

Selain mengiktiraf mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam lakonan, muzik dan tarian, Anugerah Seni Cameronian BOH esidi ke-18 turut mengangkat kru belakang tabir yang bertungkus lumus menjayakan sesuatu produksi.

Ini termasuk mereka yang bertanggungjawab menjaga dan menghidupkan kembali produksi seperti Kostum & Solekan, Muzik & Bunyi , Reka Bentuk Visual & Set dan Reka Bentuk Pencahayaan.

Tema 'A New Day, Setia Pada Senimu' dipilih bagi menggambarkan cerminan sebenar semangat masyarakat dalam seni persembahan mulai 2020 hingga 2022 yang mana sepanjang tempoh itu ramai terpaksa berdepan dengan pandemik COVID-19.

Low Ngai Yuen
Low Ngai Yuen

Seperti mana kata Presiden Kakiseni, Low Ngai Yuen, sejak tiga tahun yang lalu, pandemik bukan sahaja menguji penggiat seni di Malaysia malah kesanya turut dirasai di seluruh dunia.

“Beberapa tahun kebelakangan ini banyak menguji bukan sahaja penghibur di negara kita tetapi di seluruh dunia apabila sekatan dan perintah kawalan pergerakan menghentikan seni persembahan, muzik dan kerja-kerja produksi, menjadikannya ia situasi yang amat sukar bagi pengamal seni untuk terus hidup.

“Tetapi mereka berjaya melakukannya, beralih kepada penstriman digital dan penyelesaian kreatif lain,” katanya. – Getaran, 4 Mei  2023.

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

Selebriti 12 jam yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

Ia susulan isu mengenai pengajaran atau ceramah yang disampaikan ustaz itu disyaki melanggar beberapa Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Hiburan Getaran