Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gadis Melayu Penari Kepala Singa

Budaya Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 8:43PM

Nuraini Adeya Yahya. - gambar Mothership.SG

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lazimnya penari tarian singa terdiri daripada masyarakat Cina, tetapi lain pula bagi NamYang Lion Dance Centre di Singapura yang mempunyai seorang penari Melayu.

Bukan itu saja, penari berkenaan adalah seorang gadis berusia 15, Nuraini Adeya Yahya, yang berlatih dan membuat persembahan dengan pusat kesenian berkenaan sejak dua tahun lalu.

Menurut portal Mothership.SG, Nuraini mengemari dan teruja dengan seni persembahan itu sejak daripada usia muda lagi.

Laporan itu menyebut, gadis mula mempertimbangkan untuk menyertai kumpulan tarian singa pada usia enam tahun selepas melihat persembahan di pusat tuisyennya.

“Saya tidak berani bertanya kepada kumpulan tarian sing aitu jika saya boleh menyertai mereka, serta tidak tahu di mana saya boleh bertanyakan mengenainya,” katanya.

Nasibnya berubah pada 2021, apabila beliau terbaca mengenai hantaran pengambilan oleh kumpulan tarian singa di Singapura, NamYang Lion Dance Centre, ketika beliau membelek media sosial Instagram.

Nuraini terus membuat keputusan untuk mencuba nasibnya dalam dunia seni persembahan tarian singa.

Kini, selepas dua tahun, Nuraini adalah satu-satunya penari tarian singa berbangsa Melayu dan wanita dalam di NamYang, selain antara yang dipilih untuk menarikan kepala singa.

Sementara itu, ketua kumpulan tarian singa NamYang, Peter Goh, 49, berkata, kaum dan jantina tidak penting dalam tarian singa dan beliau tidak berfikir panjang untuk menerima Nuraini dalam kumpulannya.

Bagaimanapun, memandangkan tarian singa didominasi penari lelaki berbangsa Cina, pada mulanya Nuraini terpaksa berdepan dengan bantahan daripada rakan dan keluarganya.

Malah, ada antara rakannya yang beragama Islam menggelarnya sebagai ‘pengkhianat’ dengan alasan pembabitan beliau dalam kesenian itu sama seperti menyembah tuhan kaum Cina.

Beliau akhirnya dapat bertapak dan penolakan keluarga serta rakan-rakan bertukar menjadi sokongan selepas melihat perkembangannya dalam seni tarian singa itu.

Nuraini kini mendapat sokongan padu daripada bapanya yang menerima minatnya itu dan mengakui bahawa suasana dalam kumpulan tarian berkenaan lebih selamat berbanding yang dibayangkannya sebelum ini.

“Saya mahu buktikan kepada semua bahawa kaum dan jantina tidak memberikan perbezaan. Jika anda sudah menetapkan minda untuk melakukannya, teruskan hasrat itu.

“Dan jika lelaki boleh melakukannya, wanita juga boleh berbuat perkara yang sama. Malah mungkin lebih baik,” katanya. – Getaran, 10 Februari 2024

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

oleh Rahayu MN

Selebriti 7 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN