Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Man Kayan Perkenalkan Pahang Melalui Lagu Rakyat

Budaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 4:20PM

Noor Azman Norawi atau lebih dikenali sebagai Man Kayan menjahit sendiri kesemua busana Melayu yang digayakan Anak Kayan setiap kali persembahan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Apa lagi ada di Pahang?

Mungkin ada beranggapan keunikan negeri Tok Gajah ini tidak lebih daripada sekadar menikmati keenakan makanan yang berjaya menambat hati ramai menerusi menu ikan patin tempoyak, sambal hitam Pahang, puding raja, mahupun kesegaran makanan lautnya.

Namun, negeri yang turut terkenal dengan keindahan pantainya sehingga menjadi lokasi percutian domestik mahupun luar serta tumpuan peminat kraf tenun sebenarnya mempunyai 'banyak lagi rahsia' dan keistimewaan belum diteroka atau diketahui ramai.

Tidak mahu sejarah dan 'rahsia' negeri terbesar di Semenanjung yang mempunyai 11 daerah dengan keluasan 35,965 kilometer persegi ini terus tersembunyi, Noor Azman Norawi atau lebih dikenali Man Kayan, 57, menggunakan muzik dan lagu rakyat untuk manifestasikan keunikan tersebut kepada masyarakat Pahang dan luar.

Bergerak di bawah kumpulan dinamakan Anak Kayan, beliau yang pernah memenangi tempat kedua mencipta lagu Pahang dan juga adalah penerima Anugerah Penggiat Seni Berbahasa peringkat kebangsaan berkata, lebih daripada 30 buah lagu mengenai negeri itu telah digubahnya.

"Kami sudah lama berkecimpung memperjuangkan lagu rakyat, puisi bahkan memang dikenali membawa genre begitu. Tetapi, selepas lebih 10 tahun dalam industri dan pelbagai pencapaian dikecapi termasuk mengadakan persembahan luar negara, rasa macam kurang sesuatu.

"Kami dapati Pahang sebenarnya kaya dengan bermacam-macam tarikan yang boleh menambat kedatangan pelancong semasa membuat persembahan di seluruh pelosok negeri ini. Sebagai anak jati Kampung Paya Luas, Temerloh, saya rasa perlu lakukan sesuatu untuk negeri kelahiran," katanya kepada BERNAMA.

Mengakui bukan mudah menghasilkan lagu kisah rakyat yang bernafas malar segar supaya dapat diterima semua peringkat usia, Noor Azman berkata, banyak kajian perlu dilakukan dan tidak sekadar berkampung di sesuatu kawasan untuk menemu bual orang-orang lama.

Menurutnya, pendekatan digunakan adalah berguru dengan pakar budaya seperti Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup, Datuk Aripin Said bagi memastikan lirik dihasilkan bukan rekaan semata-mata.

Noor Azman Norawi mendidik dua cucunya sebagai ahli baharu Anak Kayan untuk memastikan warisan negeri itu tidak dimamah zaman.
Noor Azman Norawi mendidik dua cucunya sebagai ahli baharu Anak Kayan untuk memastikan warisan negeri itu tidak dimamah zaman.

"Ada ketikanya ambil masa sehingga lebih tiga bulan untuk menggubah sebuah lagu, tetapi kami tidak pernah putus asa kerana ia langkah memperjuangkan budaya dan tarikan lain di negeri ini buat generasi akan datang.

"Contohnya, lagu berkaitan pekan Chenor yang terletak di daerah Maran. Ramai tidak tahu termasuklah anak Pahang sendiri bahawa kawasan itu sebenarnya tempat berhimpun bukan sahaja pahlawan negeri tetapi juga tokoh guru agama dan pembesar negeri," katanya.

Lagu lain mengenai Pahang yang dihasilkan Noor Azman antaranya Sungai Lembing: Sahmad Malaya 10 Ogos 1987, Semalam Di Kuala Pahang dan Mudik Ke Hulu.

Menariknya, komitmen Anak Kayan untuk memartabatkan budaya kesenian negeri ini juga dapat dilihat apabila mereka tidak hanya menunggu tawaran persembahan tetapi turut menjadikan rumah Man Kayan di Kampung Permatang Badak sebagai platform merancakkan usaha tersebut.

Hampir setiap minggu halaman rumah lelaki itu yang dihiasi dengan dekorasi unik gabungan barangan antik serta skrip filem Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee di pelbagai pelosok, aktif dengan persembahan seni khususnya lagu rakyat Pahang disertai kebanyakannya orang muda di sekitar Pahang dan luar.

"Kami juga tampil kelainan menggayakan busana Melayu Pahang serta negeri lain dalam setiap persembahan dan pendekatan itu nampaknya berjaya dan kami tubuhkan Kelab Serindit Mati Tersepit pada 2018 yang memberi ruang kepada orang muda yang minat seni untuk turut serta.

"Selain itu, Anak Kayan kini dianggotai cucu saya paling muda berumur lima tahun dan boleh bermain gendang. Saya juga turut mengajar seni gendang Pahang kepada orang luar bagi memastikan warisan negeri ini tidak luput dimamah peredaran zaman," katanya yang juga telah dianugerahkan gelaran Adiguru Cendana Gendang Pahang pada 2022. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

oleh Rahayu MN

Selebriti 8 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

Apa yang diucapkan oleh Ning adalah respon kepada peminat ketika dia sedang bercakap tentang nama 

oleh Rahayu MN