web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Setiap Ringgit Dalam Bajet 2023 Mesti Dibelanja Untuk Tujuan Dihasratkan'

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Oct 2022 6:01PM

Lee Lam Thye berkata setiap ringgit yang diperuntukkan kepada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi mesti dibelanjakan untuk tujuan yang dihasratkan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan ketelusan yang maksimum dan kebertanggungjawaban dalam pembentangan bajet tahunan kepada Parlimen.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setiap ringgit diperuntukkan kepada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi mesti dibelanjakan untuk tujuan yang dihasratkan.

Katanya, setiap tahun kebimbangan yang disuarakan ialah tentang ketelusan dan akauntabiliti dalam hal membelanjakan wang yang diperuntukkan sedemikian.

"Hampir setiap tahun, Ketua Audit Negara melaporkan kejadian apabila terdapat ketirisan serius dan perbelanjaan berlebihan oleh beberapa jabatan kerajaan.

“Ini menonjolkan kelemahan dalam prosedur pemerolehan dan pengawasan kerajaan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit melalui pembaziran serta penyalahgunaan,” katanya dalam kenyataan kepada Getaran, hari in.

 Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

Bagaimanapun, katanya, langkah yang diambil untuk menghukum pesalah atau memastikan tidak ada pengulangan penyelewengan rasmi tidak banyak didengari selepas itu.

"Beberapa Ahli Parlimen telah menggesa kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi memastikan semua isu yang dibangkitkan dalam laporan Jabatan Peguam Negara ditangani dengan segera.

"Jawatankuasa itu dicadangkan mengenal pasti individu yang memainkan peranan dalam salah urus kewangan seperti yang diketengahkan secara kerap oleh Ketua Audit Negara tetapi tiada sebarang maklum balas, hanya resah,” katanya.

Tegasnya, jika pihak berkuasa berkenaan terus lalai dalam menguruskan dana awam, habuan yang dijanjikan dalam bajet tidak semua akan pergi kepada penerima yang dimaksudkan tetapi kepada pegawai tamak dalam perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Lam Thye turut mempersoalkan peruntukan besar yang diterima Kementerian Kewangan dalam Bajet 2023 yang dibentangkan, Jumaat lalu.

Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2023, pada Jumaat lalu. - Gambar fail
Tengku Zafrul ketika membentangkan Bajet 2023, pada Jumaat lalu. - Gambar fail

Menurut beliau, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Adalah difahamkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) antara penerima utama tetapi mengapa Kementerian Kewangan diperuntukkan bahagian terbesar dalam bajet ini?

"Saya berharap Tengku Zafrul Tengku akan mempunyai jawapan tersedia untuk ini dan soalan lain tidak lama lagi yang akan ditujukan di Parlimen.

"Jika tidak, lidah akan bergelut dan komen buruk dibuat dalam media sosial yang sentiasa kritikal," katanya. – Getaran, 9 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara