Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Ekonomi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 12:29PM

KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion tahun berakhir 31 Disember 2023 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dengan jumlah agihan sebanyak RM50.33 bilion.

KWSP juga mengumumkan dividen 5.40 peratus untuk simpanan syariah dengan jumlah agihan sebanyak RM7.48 bilion membawa kepada keseluruhan jumlah agihan pendapatan bagi 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

Dana simpanan persaraan itu berkata bagi tahun berakhir 31 Disember, 2023, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion, meningkat 29 peratus berbanding RM51.91 bilion pada 2022.

"Daripada RM66.99 bilion jumlah pendapatan pelaburan, RM5.72 bilion dijana daripada keuntungan mark-to-market (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan dan tidak akan menjadi sebahagian daripada pengagihan dividen.

"Adalah menjadi amalan berhemat KWSP membayar dividen hanya daripada pendapatan yang direalisasikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik