web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CEO FINAS Yakin Peranan MyCap

Prof. Dr. Md Nasir juga percaya kewujudan MyCAP adalah suatu penambahbaikan yang lebih berkesan kepada fungsi Padu Citra sebelum ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 5:10PM

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersikap terbuka mengenai pandangan yang dikemukakan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) agar agensi kerajaan itu mengkaji semula kaedah pelaksanaan program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP).

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, yakin terhadap peranan MyCAP yang lebih holistik bagi membantu melonjakkan kepakaran para penggiat industri kandungan kreatif ke tahap yang lebih tinggi. 

Bahkan, beliau juga percaya kewujudan MyCAP adalah suatu penambahbaikan yang lebih berkesan terhadap fungsi Padu Citra sebelum ini.

“MyCAP adalah inisiatif FINAS untuk mewujudkan satu pangkalan data berpusat penggiat industri kandungan kreatif di Malaysia yang boleh diakses secara ‘real time’ pada bila-bila masa melalui Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif (SPPIK). 

“Namun, MyCAP akan turut dijenamakan semula mengikut keperluan ekosistem semasa yang dikenal pasti dalam industri,” katanya. 

Menurut Md Nasir lagi, fungsi FINAS adalah sebagai teraju utama yang bertindak sebagai payung industri perfileman negara secara keseluruhannya.

“FINAS juga telah memperluaskan golongan sasaran untuk memohon MyCAP kepada tiga kluster utama iaitu individu penggiat industri, persatuan industri dan syarikat produksi. 

“Ahli MyCAP turut menerima pelbagai manfaat seperti peluang persijilan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK), peruntukan pelaksanaan program Pemerkasaan Modal Insan FINAS, akses kepada dana, latihan dan insentif berkaitan FINAS,” katanya. 

Terdahulu, FDAM telah menggesa FINAS supaya mengkaji semula MyCAP selain mewujudkan semula Padu Citra.

Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim atau Mat London dalam kenyataanya berkatakan walaupun MyCAP diwujudkan untuk menilai tahap kemahiran penggiat seni yang masuk dalam industri kreatif, namun pelaksanaannya masih kabur dan tidak jelas untuk diterima penggiat seni.

Atas sebab itu, beliau berharap agar Padu Citra yang dimansuhkan pada 1 Februari 2021 diwujudkan semula bagi menggalakkan semua pemohon Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) menganggotai FDAM bagi kategori pengarah, Persatuan Seniman Malaysia (pelakon) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (kru produksi). - Getaran, 1 Mac 2022

Gambar: Fail 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara