web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menyingkap Rahsia Watak Cerita Dalam Fantastic Beasts: The Secrets Of Dumbledore

Ketahui asal-usul watak-watak utama dunia persihiran Harry Potter dalam filem terbaharu ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah begitu lama dinanti-nanti oleh peminat tegar siri filem Harry Potter dan Fantastic Beasts, filem terbaharu francais tersebut Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore akhirnya menemui peminat seluruh dunia.

Semestinya, untuk memahami jalan cerita filem ini, para penonton harus tahu kronologi kisah awal sebelumnya, sekurang-kurangnya dengan menyaksikan filem Fantastic Beasts And Where To Find Them yang diterbitkan pada tahun 2016.

Namun semuanya akan lebih jelas buat mereka yang memang mengikuti kisah Harry Potter dari awal tahun 2000-an dahulu.

Seperti judul filemnya, dalam prekuel ini penonton akan mengetahui lebih banyak kisah asal-usul kehidupan ahli sihir tersohor dunia Harry Potter iaitu pengetua sekolah ahli sihir Hogwarts, Albus Dumbledore yang juga dianggap salah satu ahli sihir terhebat dunia ketika itu.

Oleh kerana siri filem ini berpayung di bawah tajuk utama Fantastic Beasts, semestinya filemnya tetap menampilkan haiwan-haiwan ajaib yang dijejak dan dipelihara oleh Newt Scamander, pakar Zoologi dunia sihir yang mengetahui setiap kuasa ajaib haiwan-haiwan dunia tersebut.

Filem bermula dengan Newt yang cuba menyelamatkan seekor binatang sakti yang dikenali sebagai Qilin. Di dunia persihiran, Qilin ini dianggap salah satu haiwan yang langka dan mempunyai kuasa untuk melihat ke dalam jiwa manusia dan mengetahui kemuliaan sebenar seseorang selain meramal masa depan.

Lantas ia kerap diburu oleh ramai ahli sihir untuk kegunaan sihir tertentu.

Gara-gara itu, penjenayah dunia sihir, Gellert Grindewald yang menjadi buruan pihak berkuasa dunia sihir cuba untuk mendapatkan haiwan tersebut dan menggunakannya untuk kepentingan tersendiri, iaitu buat melihat masa hadapan.

Qilin buruan itu menghasilkan dua biji telur dan menetaskan sepasang anak kembar tanpa diketahui oleh pasukan Grindewald yang hanya berjaya mencuri seekor daripada anak haiwan tersebut.

Newt yang berjaya menyelamatkan seekor lagi anak Qilin, menyimpan haiwan itu di dalam beg ajaibnya sementara Grindewald membunuh seekor lagi dan menghidupkannya semula dengan menggunakan kuasa sihir.

Tujuan Grindewald menghidupkan haiwan itu adalah supaya dia dapat menjampinya dan membuat haiwan itu memilihnya sebagai Supreme Mugwump, iaitu jawatan pemimpin ahli sihir paling berkuasa di dunia.

Ini kerana Grindewald berjaya menggunakan kuasa serta pengaruhnya dan menjadi calon untuk bertanding mendapatkan jawatan tersebut.

Oleh itu Newt, abangnya Theseus, teman manusianya Jacob, pembantunya Bunty dan beberapa orang lagi telah dipilih oleh Albus Dumbledore untuk menumpaskan rancangan jahat Grindewald.

Jadi sepanjang filem ini, penonton akan disajikan dengan pelbagai kesan visual luar biasa berkat jalan ceritanya yang banyak menampilkan babak-babak penggunaan kuasa ajaib serta kemunculan makhluk-makhluk istimewa.

Selain itu, filem ini pasti akan membuat penonton fokus sepanjang alur cerita kerana dibarisi pelakon-pelakon terhebat dunia yang mampu meninggalkan kesan dalam lakonan masing-masing.

Termasuk senarai salah satu filem wajib tonton untuk tahun 2022, Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula hari ini 14 April 2022. - Getaran, 14 April 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia