web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Ijab Kabut’ Angkat Kisah Tentang Bakal Pengantin Mengejar Cinta Dan Majlis Perkahwinan Sempurna

Viu Originals turut meraikan dua pasangan dengan menawarkan hadiah pakej majlis perkahwinan bernilai RM350,000 sempena majlis pelancaran siri drama ini.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 12:00PM

Imillya Irwani, Faliq Sharif, Azira Shafinaz, Fadlan Hazim, Iedil Dzuhrie Alaudin - Gambar ihsan Viu Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Segelintir orang mengimpikan majlis perkahwinan yang sempurna. Tidak kurang juga yang mahukan majlis perkahwinan yang mengikut cita rasa mereka. Tapi, bagaimana jika apa yang diimpikan itu tidak menjadi kenyataan? 

Mungkin ada yang pernah melalui pengalaman ini. Yang  baharu sahaja merancang untuk berkahwin, mungkin banyak yang boleh dipelajari daripada drama bersiri komedi romantik, 'Ijab Kabut' yang ketika ini sedang ditayangkan di platform Viu. 

Drama bersiri Viu Original arahan Faliq Sharif yang mengangkat tema perkahwinan ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Azira Shafinaz, Fadlan Hazim dan ledil Dzhurie Alaudin.

Pengurus Viu Malaysia, Kingsley Warner berkata, siri ‘Ijab Kabut’ menampilkan sudut cerita yang menghiburkan yang menggambarkan kisah para pengantin yang terlampau mengikuti kehendak mereka bagi merancang perkahwinan impian mereka. 

“Saya percaya Viu-ers kami akan terhibur dengan kisah terbaru ini, terutamanya mereka yang pernah mengalami proses perancangan perkahwinan sebelum ini. 

“Mereka akan dapat menghayati kisah ‘Ijab Kabut’, kerana drama ini menerokai betapa ‘kabutnya’ bulan-bulan sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung,” katanya. 

‘Ijab Kabut’ ini mengisahkan tentang Deanna, lakonan Azira Shafinaz, seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, yang mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna namun semuanya mula menjadi ‘kabut’ apabila dikejutkan dengan berita tunangnya memutuskan pertunangan mereka! 

Azira Shafinaz (Deanna)
Azira Shafinaz (Deanna)

Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. 

Maka, bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya.

Fadlan Hazim (Khai)
Fadlan Hazim (Khai)

Tambah ‘kabut’ apabila dua calon dengan sukarela ingin menjadi suaminya Deanna, iaitu perancang majlis perkahwinannya, Khai dan pekerjanya, Mat, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik.

Iedil Dzuhri Alaudin (Mat)
Iedil Dzuhri Alaudin (Mat)

Dalam pada itu, Viu Original turut menganjurkan sebuah majlis resepsi bagi pasangan  pengantin yang memenangi peraduan media sosial #KisahljabKabutKu yang merupakan kerjasama Viu selaku perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka (PCCW) dan Reka Teemor.

Pasangan suami isteri tersebut  adalah Mohamad Syafiq Khor Mohd Kamal Khor, 27, dan Farah Nadhirah Muhammad Khairun, 28, yang telah bernikah pada tahun 2020 ketika pandemik COVID-19, bahkan tidak dapat meraikan majlis impian susulan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan suami isteri Mohamad Syafiq Khor Mohd Kamal Khor, 27, dan Farah Nadhirah Muhammad Khairun, 28, diraikan dalam majlis resepi sempena majlis pelancaran siri drama 'Ijab Kabut'
Pasangan suami isteri Mohamad Syafiq Khor Mohd Kamal Khor, 27, dan Farah Nadhirah Muhammad Khairun, 28, diraikan dalam majlis resepi sempena majlis pelancaran siri drama 'Ijab Kabut'

Jadi, Viu Originals meraikan pasangan tersebut dengan menawarkan hadiah pakej majlis perkahwinan bernilai RM350,000 di Royale Chulan Kuala Lumpur ketika sidang media pelancaran drama itu diadakan. 

Dekorasi oleh Reka Teemor
Dekorasi oleh Reka Teemor

Pasangan mempelai turut mengenakan busana rekaan pereka fesyen, Amaze malah majlis itu turut diserikan dengan persembahan daripada Nabil Zamanhuri dan ledil Dzuhrie Alaudin.

Untuk mengikut kisah bakal pengantin ini dalam cubaan mendapat majlis perkahwinan sempurnanya, siri 'ljab Kabut' yang mula ditayangkan pada 13 Oktober lalu ini dapat ditonton di aplikasi Viu, setiap hari Khamis, jam 12 tengahari atau layari laman web www.viu.com. – Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

2

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara