web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Brunch Women Talk - Cetusan Idea Elaine Daily Dan Pasukannya Untuk Terus Perkasakan Wanita Di Negara Ini 

Brunch Women Talk yang menjadi sebahagian daripada kandungan program Women Talk akan mengetengahkan pelbagai topik menarik bersama panelis istimewa. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 10:24AM

Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbincangan berkenaan wanita bertahan di dunia didominasi lelaki dan kesejahteraan dan kesihatan mental wanita merupakan antara topik yang dibincangkan dalam program bual bicara, Women Talk musim kedua.

Penerbitnya, Datin Elaine Daly berkata, perbincangan dan perkongsian tentang isu semasa serta hal ehwal kehidupan wanita masih menjadi topik pilihan dengan  menampilkan tetamu profesional berkongsi nasihat dan panduan kepada penonton.

“Rancangan Women Talk yang musim kedua ini merupakan sinambungan musim pertamanya yang membawa perkongsian tentang isu semasa serta hal ehwal kehidupan wanita.

“Sudah tentu musim kandungan pada musim kedua ini lebih diteliti lagi dengan penilaian daripada respon penonton sejak musim lalu lagi,” katanya. 

Elaine Daly - Gambar Instagram Elaine Daly
Elaine Daly - Gambar Instagram Elaine Daly

Menurut Elaine, istimewanya pada musim kedua ini program ini akan dimeriahkan dengan acara Brunch with Women Talk yang disiarkan secara langsung dari sebuah hotel di ibu negara.

Katanya, acara tersebut dijangka seramai 250 tetamu akan menghadiri program tersebut pada 10 Disember ini, bermula dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari. 

Pada acara yang matlamatnya untuk memperkasakan wanita ini, pelbagai  topik-topik penting akan diperbincangkan. Antaranya adalah Pasca Pandemik: Pandangan Baharu, Hargai Diri, Bertahan Di Dunia Didominasi Lelaki, Kesejahteraan dan Kesihatan Mental. 

Apa yang yang menarik, ia turut menampilkan barisan panelis istimewa yang terdiri daripada Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan Aids Malaysia, Christy Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Christy Ng Sdn. Bhd., Jaclyn Victor, Penyanyi dan Nandini Balakrishnan, Ketua Unit Video SAYS. 

Mengulas lanjut, Elaine berkata, program Women Talk ini mendapat respon sangat baik hingga dicalonkan dalam anugerah Asian Television Awards di Singapura. Lantaran itu, pihak produksinya turut yakin untuk meneruskan program ini bagi musim seterusnya (ketiga).

Jaclyn Victor - Gambar Fail
Jaclyn Victor - Gambar Fail

Program 13 episod yang disiarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya di TV3 menampilkan gandingan hos, Deborah Henry dan Zoraya Vadillo.

Deborah merupakan Miss World Malaysia 2007 yang bergiat aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selama 15 tahun.

Mengenai pemilihan kedua-dua hos ini,  Elaine berkata, untuk musim kedua, program itu menampilkan hos baharu yang dipilih berdasarkan sesi uji bakat bagi mencari keserasian antara pengacara.

Katanya, hos juga perlu mempunyai kemahiran mengendalikan program dan menguasai pelbagai topik kerana pihak produksi tidak mahu pengacara yang terlalu mengikut skrip.

“Kita berjaya melihat keserasian antara kedua-dua pengacara baharu dan mereka mampu ad-lib dengan baik sepanjang siaran langsung. Pengacara juga perlu bijak memahami isu yang dibincangkan,” katanya lagi. 

Program 13 episod ini menampilkan perbualan menarik yang berkaitan dengan kehidupan seharian seorang wanita dan sudah pun tiba di pertengahan program.

Antara tema menarik yang telah dikupas di Women Talk musim kedua adalah Breaking The Glass Ceiling bersama  Ketua Pegawai Eksekutif HSS Engineering Sdn Bhd Ir. Sharifah Azlina Raja Kamal Pasmah, dan Juruterbang Jet Pejuang, Lt Kol Patricia Yapp.

Selain itu, ia turut menampilkan perbincangan topik mengenai,  The Art of Co-parenting: Balancing It Right bersama usahawan serta pempengaruh fesyen Kim Raymond, dan penulis untuk buku kanak-kanak ‘Two Homes One Family’ iaitu Yuri Tiru Pillai Schneider.

Turut diketengahkan adalah  perbincangan topik, Are We Our Own Biggest Competitors bersama usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta pengasas bersama Purely,  Raja Jesrina Azlina Raja Arshad, dan artis visual VFX dan finalis Epic Games UE5 Zubaida Nila.

Sidang produksi Women Talk diketuai oleh Puan Shahila Shah sebagai ketua penerbitan manakala Datin Elaine Daly dan Said Thani sebagai penerbit serta menampilkan Deborah Henry dan Zoraya Vadillo sebagai hos. – Getaran, 8 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara