web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Filem & TV Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 8:05PM

gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalinkan kerjasama dengan Dream Film Sdn Bhd bagi menerbitkan filem kesedaran mengenai jenayah scam bertajuk 'Oppa'.

Penolong Pengarah (Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Supt Mohd Faizal Zainal berkata, filem itu diadaptasikan daripada kisah benar mengenai penipuan cinta dalam talian atau love scam.

"Kita di PDRM sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk pencegahan kepada masyarakat terutamanya dalam mekanisme yang berbeza. Selama ini kita beri pencegahan dalam bentuk konvensional seperti melalui sesi ceramah atau pemaparan video klip.

"Tetapi, kali ini kita bertukar ke arah hiburan kerana kita percaya masyarakat lebih dekat dan terhibur serta mudah tertarik dengan apa yang kita cuba sampaikan (menerusi medium hiburan) seterusnya bersama-sama PDRM membantu dan mencegah serta membanteras 'scammer' keseluruhannya," katanya kepada BERNAMA selepas majlis pelancaran filem Oppa baru-baru ini.

Pengarah filem Oppa, Choong Lin Loong (enam, kanan) bergambar bersama barisan pelakon filem Oppa selepas majlis pelancaran filem tersebut di Pavillion semalam. gambar BERNAMA
Pengarah filem Oppa, Choong Lin Loong (enam, kanan) bergambar bersama barisan pelakon filem Oppa selepas majlis pelancaran filem tersebut di Pavillion semalam. gambar BERNAMA

'Oppa' mengisahkan seorang guru sekolah rendah yang mendambakan cinta dan bertemu jejaka idamannya di dunia maya tanpa menyedari dirinya diperdaya oleh sindiket love scam.

Lebih menarik, filem berdurasi 90 minit itu yang menelan kos hampir RM2 juta turut dilakonkan oleh lebih 50 pegawai dan anggota polis sebenar termasuk Mohd Faizal.

Menurutnya, cabaran yang dihadapi mereka adalah perlu menghasilkan skrip yang bersesuaian berdasarkan garis panduan yang diberikan, supaya lakonan yang ditonjolkan tidak terlalu kaku atau terlalu berlebihan sehingga melanggar protokol jabatan mereka.

"Sudah tentu ia (berlakon) sesuatu yang sukar kerana bidang ini bukan 'forte' kami...dalam satu babak jika pelakon profesional mungkin hanya perlu dua atau tiga 'take', tetapi kami sampai 30 'take' perlu dibuat.

"Kita minta maaf kepada penerbit filem kerana sabar melatih kami supaya dapat menonjolkan yang terbaik dalam filem ini.. kita cuba buat sehabis baik... itu yang membuatkan kami bersemangat tinggi," katanya.

Pada masa sama, Faizal turut berharap filem itu dapat mendidik masyarakat untuk lebih cakna mengenai jenayah scam yang berlaku secara meluas dalam masyarakat.

Sementara itu, pengarah filem Choong Lin Loong, 44, berkata, peningkatan jumlah mangsa kes jenayah scam memberinya inspirasi untuk menghasilkan filem berkenaan.

"Hasil bacaan saya, semua jenayah scam ini modus operandinya hampir sama tetapi kenapa masih ada lagi yang menjadi mangsanya? Saya buat filem ini bukan hanya mahu mengejar keuntungan tetapi bertujuan memberi kesedaran," katanya.

Pada masa sama, Choong optimistik filem itu akan mendapat sambutan walaupun hanya mengetengahkan bakat baharu termasuk pelakon dari Korea Selatan, TaeOh Jang.

"Kita menjalankan sesi uji bakat terbuka dalam mencari pelakon bersesuaian... asalnya dalam sesi uji bakat itu kita juga ingin mencari seseorang yang wajahnya persis jejaka tampan dari Korea Selatan, namun tidak menemuinya.

"Mujurlah, kita ada kenalan dengan agensi pengurusan artis dari Korea Selatan dan meminta bantuan daripadanya dengan syarat bakat baharu itu perlu fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris," katanya.

Selain TaeOh Jang, buah tangan pertama Dream Film Sdn Bhd itu turut menampilkan penyanyi dan pempengaruh Jacqueline Goh, Lee Qi, Amanda Tan dan Sadiq M Jamil dan dijangka menjengah pawagam tempatan Mei ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Filem Trilogi Epik Demon Slayer Bakal Ditayangkan Di Pawagam 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

Menurut Hariz, pada mulanya dia agak jijik untuk melakonkan babak tersebut, tetapi menganggap ini adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

oleh Helmi Anuar